Fakulti Sains Kesihatan Program Diploma Teknologi Makmal Perubatan (MELTECH) anjur program Khidmat Masyarakat & Kerja Amal 2019

Fakulti Sains Kesihatan Program Diploma Teknologi Makmal Perubatan (MELTECH) anjur program Khidmat Masyarakat & Kerja Amal 2019

8 December 2019(Ahad) : Program anjuran Persatuan Diploma Teknologi Makmal Perubatan (MELTECH), Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Pulau Pinang Kampus Bertam mengadakan program kemasyarakatan ‘Elixir of Soul‘ di Masjid Jamek Al-Arifi Kampung Paya Keladi Kepala Batas.

Program memberikan peluang kepada para pelajar beramah mesra bersama masyarakat setempat dan membina jati diri dan keperihatinan kepada golongan kurang bernasib baik iaitu dengan mengadakan saringan Kesihatan secara percuma seperti glukosa, kolestrol, tekanan darah tinggi, BMI dan mengetahui jenis kumpulan darah.Program juga turut di meriahkan dengan pameran Kesihatan dari Kementerian Kesihatan Malaysia Seberang Prai Utara dan ceramah Kesihatan  dari Pensyarah Fakulti Sains Kesihatan iaitu Dr Wan Ismahanisa (MLT),En Muhammad Azwan Azri (OT) dan En Amir Heberd (ENV).

Fakulti Sains Kesihatan Program Diploma Teknologi Makmal Perubatan (MELTECH) anjur program Khidmat Masyarakat & Kerja Amal 2019

Program ini memberi manfaat kepada masyarakat agar mereka lebih peka kepada kesihatan mereka dan mengambil langkah yang sewajarnya serta program ini dapat  mendekatkan antara masyarakat dan pelajar dan mendapat sambutan dengan dihadiri oleh peduduk sekitar.

Majlis dimeriahkan dengan kehadiran Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Tuan Haji Ishak,Pengerusi masjid Masjid Jamek Tuan Haji Edrus Bin Bedoh,Penolong Rektor UiTM Cawangan Pulau Pinang Kampus Bertam Dr Siti Nur Fadzilah Muhsain serta Ketua Pusat Pengajian En Amir Heberd.

Diharap kejayaan program ini dapat membakar semangat mahasiswa agar lebih bersemangat dan berdaya saing dalam pelajaran dan seterusnya dapat berbakti kepada masyarakat.

Foto berkaitan:

Fakulti Sains Kesihatan Program Diploma Teknologi Makmal Perubatan (MELTECH) anjur program Khidmat Masyarakat & Kerja Amal 2019 Fakulti Sains Kesihatan Program Diploma Teknologi Makmal Perubatan (MELTECH) anjur program Khidmat Masyarakat & Kerja Amal 2019 Fakulti Sains Kesihatan Program Diploma Teknologi Makmal Perubatan (MELTECH) anjur program Khidmat Masyarakat & Kerja Amal 2019

1
0