Fakulti Perladangan dan Agroteknologi Perkukuhkan Program Akademik Bersama Industri

13 Jun 2024 –  Bahagian Hal Ehwal Akademik , Fakulti Perladangan dan Agroteknologi (FPA) telah  menganjurkan sesi perbincangan meja bulat bersama industri secara atas talian. Tujuan program ini diadakan adalah untuk mendapatkan maklum balas berkenaan penetapan sasaran pencapaian dalam Program Educational Objectives (PEO) bagi Program Sarjana Muda Sains (Kepujian) dalam Agroteknologi (Bioteknologi Tumbuhan) (AT226), Sarjana Muda Sains Bioteknologi Tumbuhan dengan Kepujian (AT246) & Sarjana Muda Teknologi Pintar Pengeluaran Tanaman dengan Kepujian (AT228).

Antara pihak industri yang terlibat ialah Malaysian Palm Oil Board (MPOB), Felda Global Ventures (FGV), Malaysian Agricultural Research and Development Institute (MARDI), Institute for Medical Research (IMR), Emas Impresif, Geoprecision Technology , Johor Plantations Group Berhad, Redtone IOT, Pusat Pertanian Putra, Universiti Putra Malaysia, SD Guthrie, MKR Hartamas, Jabatan Pertanian Negeri Pahang, Tian Siang Oil Mill Pahang  dan Idea Company Sdn. Bhd.

Melalui sesi perbincangan ini, pihak industri menekankan kepentingan penguasaan kemahiran teknikal dan insaniah (soft skills) seperti komunikasi, kerja berpasukan, dan teknik penyelesaian masalah. Mereka juga mengharapkan para graduan dapat menguasai kemahiran digital dan teknologi seiring dengan keperluan industri. Di akhir perbincangan, semua pihak industri telah bersetuju dengan penetapan sasaran pencapaian PEO yang telah ditetapkan oleh fakulti bagi program AT226, AT246 dan AT228.