Fakulti Pendidikan UiTM Rakan Penganjur untuk Best of the Best Showcase and Symposium Project-Based Learning (PBL) anjuran JPWPKL

Tenaga kerja dari Fakulti Pendidikan, UiTM

Pada 31 Oktober 2019 yang lalu, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Kampus Puncak Alam, telah berperanan sebagai rakan penganjur untuk penganjuran ‘Best of the Best Showcase and Symposium Project-Based Learning (PBL)’ di HGH Convention Centre, Kuala Lumpur.

Ia melibatkan penglibatan Ibu Bapa, Komuniti dan Swasta (PIBKS), Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWPKL) bersama-sama Pejabat Pendidikan Daerah Bangsar/Pudu serta Universiti Multimedia (MMU) bertindak sebagai penganjur utama program ini.

Majlis dirasmikan oleh Yang Berhormat Dr. Maszlee Malik, Menteri Pendidikan Malaysia

Fakulti Pendidikan UiTM telah diberikan kepercayaan untuk merancang dan melaksanakan gimik perasmian program. Perasmian Best of the Best Showcase and Symposium ini telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Dr. Maszlee Malik, Menteri Pendidikan Malaysia, dalam satu upacara perasmian yang penuh bergaya.

Selain itu, Fakulti Pendidikan turut mengendalikan booth pameran untuk segmen showcase. Peluang ini digunakan sepenuhnya melalui promosi program-program akademik yang ditawarkan.  Pelbagai karya serta produk pelajar Fakulti Pendidikan yang dihasilkan berdasarkan kaedah pengajaran dan pentaksiran Problem-Based Learning (PBL) turut dipamerkan.

PBL merupakan inisiatif yang dipacu oleh JPWPKL sejak awal tahun 2019 di sekolah-sekolah melalui kerjasama dan komitmen 7 ahli Parlimen di kawasan Bangsar dan Pudu. Pembudayaan PBL menyediakan pengalaman pembelajaran yang lebih bermakna dengan projek-projek berasaskan komuniti, berdaya saing serta penerapan kemahiran berfikir aras tinggi di kalangan pelajar.

Best of the Best Showcase and Symposium ini merupakan acara kemuncak inisiatif PBL oleh JBWPKL yang mengumpul dan mempertandingkan kesemua projek yang telah memenangi anugerah emas dari setiap kawasan parlimen. Selain Fakulti Pendidikan, UiTM, program ini turut mendapat kerjasama Bank Simpanan Nasional (BSN) serta ditaja oleh HGH Convention Centre dan Pejabat Pendidikan Daerah Bangsar/Pudu.

1
0