Fakulti Pendidikan dan Kementerian Industri Utama Jayakan Kempen “Sayangi Sawitku”

Fakulti Pendidikan dan Kementerian Industri Utama menjayakan Kempen “Sayangi Sawitku”

Gerakkan anti sawit yang giat di jalankan oleh media Eropah sedikit sebanyak telah menjejaskan pemasaran sawit negara ke luar negara. Sebagai pengeluar sawit kedua terbesar dunia, Kementerian Industri Utama di bawah agensi MPOC dan MPOB giat menjalankan usaha menangkis ancaman media yang secara berterusan menyebarkan fakta tidak benar ke atas komoditi sawit.

Kerjasama harus dtingkat dengan semua pihak dalam negara dan luar negara dalam menangani ancaman ke atas komoditi sawit negara yang banyak memyumbang dan meningkatkan ekonomi pekebun-pekebun kecil seluruh negara.

Satu mesyuarat kerjasama telah diadakan di antara Fakulti Pendidikan UiTM Cawangan Selangor dengan Kementerian Industri Utama pada Khamis, 18 Julai 2019 yang lalu bertempat di Bangunan FSK 1,5 UiTM kampus Puncak Alam.

Mesyuarat ini menumpukan potensi kerjasama menangkis serangan gerakkan anti sawit dan meningkatkan kesedaran masyarakat menerusi kempen “SAYANGI SAWITKU” yang telah di lancarkan oleh Y.A.B Perdana Menteri pada 24 Mac 2019 yang lalu. Mesyuarat di pengerusikan oleh  Dekan Fakulti Pendidikan Prof.Madya Dr. Nabilah Abdullah dan disertai oleh wakil-wakil unit dan fakulti UiTM Cawangan Selangor.

Turut hadir Y.Bhg Professor Rugayah Hashim selaku Timbalan Rektor (Penyelidikan dan Inovasi) UCS. Rombongan Kementeran Industri Utama di ketuai oleh Puan Alice Choo Foong Thye Setiausaha Politik Menteri Industri Utama, Dr. Ruslan Abdullah Pengarah Sains dan Alam Sekitar Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC), Encik Alexander Larry Aloysius Pegawai Tugas-Tugas Khas Menteri Industri Utama dan Encik Edmund Teoh Kheng Yaik Pegawai Khas Kepada Ahli Parlimen Seputeh serta pegawai dan kakitangan kementerian.

Pelbagai cadangan dan inisiatif telah berjaya di rangka dan tindakan susulan akan di laksanakan bersama dengan Y.Bhg Professor Rugayah Hashim selaku Timbalan Rektor (Penyelidikan dan Inovasi) UCS bagi mempergiatkan kempen “SAYANGI SAWITKU”.

1
0