SERI ISKANDAR, 8 Julai 2023 – YB Khairudin Abu Hanipah, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia & Sukan Negeri Perak menyaksikan 10 industri antarabngsa menandatangani memorandum persefahaman (MOU) bersama UiTM Cawangan Perak.
Majlis menandatangai MOU yang disaksikan oleh YB Khairudin Abu Hanipah ini telah melibatkan 10 industri antarabangsa iaitu diantaranya Indonesia Design Center (Indonesia), Bulan Gallery (Indonesia), Galeri Ruang Dini (Indonesia), Pensil Desain (Indonesia), Fatch Craft (Indonesia), Rawtype Riot (Indonesia), Yumnasa (Indonesia), Gloya (Indonesia), Saltig (Indonesia), dan Hamba Games (Bangladesh) merupakan di antara 10 industri antarabangsa yang telah menandatangani MOU pada 8 Julai 2023 bersama Universiti Teknologi MARA Cawangan Perak. Hasil menandatangani persefahaman ini, pihak-pihak terlibat mampu menjalinkan kerjasama yang lebih erat dan pelbagai aktiviti serta program berimpak tinggi dapat dirancang pada masa hadapan. Antara aktiviti yang dirancang adalah seperti program aktiviti pelajar pelbagai IPTA di dalam dan di luar negara, program jualan untuk orang awam, program perkongsian ilmu, dan sebagainya.
Program-program yang dirancang dalam PICCI secara umumnya akan memberi manfaat kepada industri pendidikan dan industri pelancongan di Negeri Perak secara tidak langsung melibatkan pelancong dari dalam dan luar negara. Melalui PICCI2023 juga, pendedahan secara intelek mengenai dunia kreatif dan multimedia dapat disampaikan kepada masyarakat umum dan mampu menaik taraf proses pendigitalan luar bandar. PICCI juga mengharapkan lebih ramai pengiat seni dan pemain industri akan terlibat pada masa akan dari pelbagai negara terutama pada penganjuran PICCI2024.
Program ini telah dijayakan diatas inisiatif University-Industry Center (UiC), Penyelidikan, Jaringan Industri Masyarakat & Alumni. Dengan UiTM Cawangan Perak sebagai penganjur utama, Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia & Sukan Negeri Perak dan Universiti Malaysia Kelantan (UMK) sebagai penyumbang dana utama. Manakala Majlis Daerah Perak Tengah, Majlis Rekabentuk Malaysia, Balai Seni Negara, Bitcom sebagai rakan kerjasama.