Episod 2: Program Pemantapan Akademik dan Sahsiah Pelajar PPT UiTMCJ

Pada 21 April 2022, bersamaan Khamis, jam 12.00 tengahari hingga 1.00 petang, Unit Kerjaya dan Kaunseling dan Unit Pra Pendidikan Tinggi (PPT)UiTM Cawangan Johor (UiTMCJ) meneruskan usaha murni dalam memantapkan sahsiah dan perjalanan akademik pelajar-pelajar PPT.

Episod kedua Pogram Pemantapan Akademik dan Sahsiah Pelajar PPT ini dibahagikan kepada beberapa aktiviti menarik iaitu;

1) Saringan tahap tekanan individu
2) Latihan dalam kumpulan
3) Pengurusan tekanan
4) Tips menghadapi tekanan

Program bermanfaat ini dikelolakan oleh Pegawai Psikologi Kanan UiTMCJ, Cik Wan Noradila binti Wan Mohd Zain dan dibantu oleh dua Kaunselor Pelatih, Cik Wan Nurul Aisyah binti Wan Mohd Yen dan Cik Nur Afiqah Farisya binti Abd Halim.

Program ini juga mengenengahkan potensi pelajar PPT dengan mempertanggungjawabkan Muhammad Aiman bin Mohd Jamal dan Anis Suraya Abdul Aziz dari kumpulan JBA0021B masing-masing sebagai pembaca doa dan pengacara majlis.

Meskipun program ini dijalankan pada waktu tengahari di bulan Ramadan, semangat pelajar PPT ternyata tidak luntur berikutan penglibatan aktif mereka dalam setiap aktiviti yang dijalankan.

Pihak penganjur berharap pelajar-pelajar PPT dapat memanfaatkan program ini sebaiknya demi kecemerlangan mereka pada masa kini dan masa hadapan.

Penulis :Siti Zarikh Sofiah Abu Bakar1, Wan Noradila Wan Mohd Zain