“Engagement Day” UiTM Pulau Pinang bersama Kolej Vokasional Zon Utara memperkasa TVET

“Engagement Day” UiTM Pulau Pinang bersama Kolej Vokasional Zon Utara memperkasa TVET

15 Okt 2019 – Jawatankuasa TVET (Technical and Vocational Education and Training), Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Pulau Pinang telah menganjurkan program “Engagement Day” bertempat di UiTM Kampus Permatang Pauh, Pulau Pinang.

Kesemua 12 kolej vokasional (KV) di Zon Utara iaitu negeri Kedah, Perlis, dan Pulau Pinang telah hadir iaitu KV Sungai Petani 1, KV Sungai Petani 2, KV Langkawi, KV Kulim, KV Alor Setar, KV Arau, KV Kangar, KV Balik Pulau, KV Seberang Perai, KV Nibong Tebal, KV Butterworth, dan KV Batu Lanchang.

Jemputan KV adalah terdiri daripada semua pengarah, ketua jabatan, dan ahli akademik. Disamping itu, program ini turut dimeriahkan dengan kehadiran En. Suraimi Rithwan, Ketua Penolong Pengarah Pembangunan Kejurulatihan PTV Sektor Hubungan Industri dan Agensi Luar di Bahagian Pendidikan Latihan, Teknik, dan Vokasional (BPLTV), Kementerian Pendidikan Malaysia.

Manakala jemputan daripada UiTM Cawangan Pulau Pinang adalah terdiri daripada barisan Jawatankuasa Eksekutif dan semua Ketua Pusat Pengajian, Ketua Jabatan, Ketua Unit TVET fakulti/jabatan, dan Ahli Jawatankuasa Unit TVET. Kesemua tujuh fakulti di UiTM Cawangan Pulau Pinang terlibat dalam projek kerjasama TVET ini termasuklah Fakulti Kejuruteraan Awam, Fakulti Kejuruteraan Mekanikal, Fakulti Kejuruteraan Elektrik, Fakulti Kejuruteraan Kimia, Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan, Fakulti Farmasi, dan Fakulti Sains Kesihatan. Lima jabatan-jabatan yang terlibat termasuklah Jabatan Pengurusan Perniagaan, Jabatan Sains Gunaan, Jabatan Sains Kuantitatif dan Matematik, Akademi Pengajian Bahasa, dan ACIS.

Seramai 145 orang peserta telah hadir dan menjayakan program “Engagement Day” ini. Program ini diadakan bertujuan untuk mengenalpasti latar belakang tenaga pengajar KV Zon Utara, mengenalpasti modul-modul latihan am yang boleh ditawarkan kepada tenaga pengajar KV, dan mempromosi program-program pasca siswazah kepada tenaga pengajar KV di Zon Utara.

Antara aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan termasuklah sesi campus tour dan perbincangan secara berkumpulan mengikut jabatan masing-masing.

Untuk makluman umum, Jawatankuasa TVET UiTM Cawangan Pulau Pinang telah ditubuhkan untuk dalam memperkasa graduan dan tenaga pengajar KV dengan ilmu keterhadapan melalui perkongsian kepakaran UiTM demi membantu Malaysia meningkatkan tenaga mahir negara dalam bidang kejuruteraan, sains, dan teknologi.

0
0