Eksplorasi Hutan Simpan Lembah Benum

Telah berlangsung Eksplorasi Hutan Simpan Lembah Benum, Mukim Ulu Cheka, Jerantut Pahang oleh penyelidik UiTM. Eksplorasi ini bertujuan untuk mengenalpasti potensi kawasan Lembah Benum untuk dijadikan sebagai sebuah kawasan kajian bidang biodiversiti untuk pensyarah dan juga pelajar daripada UiTM Cawangan Pahang. Selain itu, ia juga untuk meningkatkan hubungan dengan masyarakat setempat dalam menjalankan aktiviti kemasyarakatan (CSR) pada masa hadapan.

Ekplorasi ini turut dihadiri oleh Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) UiTM, Prof. Ts. Dr Mohd Nazip bin Suratman, Pengarah Institut Biodiversiti dan Pembangunan Lestari (IBSD), Prof. Dr Zulkifli Abdul Latif, dan penyelidik dari UiTM Pahang.

Turut terlibat dalam pertemuan ini adalah penghulu Mukim Hulu Cheka, En Khairul Akhma Yusof dan En Nazri Che Husin, Tok Empat Ulu Cheka, Ketua Kampung Koi – Encik Razali Isa serta En Yusof Lang Buana dan Nature Guide/Pengerusi Birding & Wildlife Assos dan Mukim Hulu Cheka /Ketua Kampung Som – Rafiz Azuan Ahmad.

Perbincangan antara UiTM dan pihak Mukim Ulu Cheka diadakan bertujuan untuk mecari titik pertemuan dalam usaha untuk menjalinkan kolaborasi stategik dalam memperkasakan aktiviti jaringan dan kelestarian universiti serta komuniti dalam pemuliharaan biodiversiti di Lembah Benum termasuk mewujudkan pusat penyelidikan di kawasan ini.