20 Jun 2024, SEGAMAT – Bahagian Zakat, Sedekah dan Wakaf (ZAWAF) UiTM Shah Alam, Unit Zakat Sedekah dan Wakaf UiTM Cawangan Johor dengan kerjasama Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS) UiTM Cawangan Johor telah mengadakan program Eid Adha ZAWAF dan YaPEIM Prihatin di Glasshouse.
Majlis dimulakan dengan sedikit perkongsian ilmu oleh Ustaz Mohamad Zaki Razali, Ketua Pusat Pengajian ACIS. Kemudian majlis dimulakan dengan bacaan doa, ucapan alu-aluan oleh Profesor Madya Dr. Mohd Ashrof Zaki bin Yaakob, Pengarah Bahagian Zakat, Sedekah dan Wakaf (ZAWAF) dikuti oleh Encik Mohd Nabil Fikri bin Mustakim, Pengurus Negeri Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) dan kemuncak program dirasmikan oleh Dr. Basaruddin Shah bin Basri, Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar UiTM Cawangan Johor.
Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada pihak ZAWAF yang menyumbang dana jamuan untuk 150 mahasiswa dalam kalangan asnaf dan sumbangan oleh pihak YaPEIM sebanyak 150 pek makanan. Tidak dilupakan juga Unit Hal Ehwal Islam (UHEI) juga turut menyumbang jamuan makanan pada program tersebut.
Majlis diserikan dengan tayangan montaj, pemberian bantuan kepada pelajar oleh YaPEIM dan cabutan bertuah sumbagan ZAWAF. Sekalung penghargaan diucapkan juga kepada semua pihak khasnya para tetamu jemputan, jawatankuasa penggerak program yang bertungkus lumus menjayakan program serta mahasiswa yang memberikan kerjasama padu kepada pihak penganjur juga semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak bagi menjayakan program ini. Segala jasa bakti hanya Allah SWT jualah yang layak membalasnya. Mudah-mudahan program ini diberkati.