eCONDeV 2019 competition (National e-content development competition)

Pingat Emas Pertama diperolehi oleh Fakulti Kejuruteraan Awam (FKA) dari eCONDEV 2019

Pingat Emas pertama telah dirangkul oleh sekumpulan pensyarah dari Fakulti Kejuruteraan Awam (FKA) dalam pertandingan National e-Content Development Competition (eCONDEV 2019) yang berlangsung pada 7 Ogos 2019 di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam. Mereka yang menamakan kumpulan mereka sebagai Mechanics of Solids telah mempertandingkan Massive Open Online Course (MOOC) bagi kursus asas Mechanics of Solids.

Selain itu, FKA juga diwakili oleh 4 kumpulan lagi yang iaitu Dynamic (Pingat Perak), Engineering Hydrology (Pingat Perak), Costruction Engineering (Pingat Perak) dan Environmental Engineering and Sustainability (Pingat Gangsa). Ternyata cabaran pengajaran dan pembelajaran berteraskan ‘Education 5.0’ telah disambut baik oleh warga FKA dengan mengaplikasikan teknologi terkini sebagai alat bantuan mengajar di dalam dan luar kelas.


Pertandingan eCondev 2019 peringkat nasional kali ini menerima sebanyak 100 penyertaan dari pelbagai IPTA dari seluruh negara. Pertandingan ini merupakan satu platfom untuk mengetengahkan sistem MOOC yang telah dibangunkan oleh pensyarah bagi mempertingkatkan kualiti penyampaian serta kandungan pengajaran dan pembelajaran. Ia juga bertujuan menyuntik semangat dan menggalakkan lebih ramai pensyarah untuk menghasilkan MOOC pada masa hadapan.

Semoga dengan kejayaan cemerlang ini dapat membantu para pelajar memahami sesuatu kursus dengan lebih baik dan dapat membimbing mereka menempa kecemerlangan dalam pelajaran hingga ke persada antarangsa.

Nama Program: eCONDeV 2019 competition (National e-content development competition)
Tarikh: 7/8/2019
Tempat: DATC UiTM Shah Alam

0
0