Dorong Pelajar MRSM Pilih Bidang Sains

Program BATS di UiTMCPP Kampus Bertam

18 November 2019 – Para pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Kepala Batas telah diberi pendedahan mengenai bidang sains khususnya program-program berkaitan sains kesihatan dan farmasi dalam satu program ‘Bertam Array of Technology and Sciences (BATS): Rendezvous of Young Minds’, yang telah diadakan di UiTM Cawangan P.Pinang (UiTMCPP) Kampus Bertam.

Antara pelajar MRSM yang menyertai program

BATS yang dianjurkan oleh persatuan Environmental Health Students Association (EHSAn) ini bertujuan menerapkan para pelajar MRSM dengan elemen penyelidikan untuk mengasah potensi diri.

Program ini juga dapat mempromosikan UiTMCPP Kampus Bertam khususnya Fakulti Sains Kesihatan (FSK) dan Fakulti Farmasi (FF), selain bertepatan dengan matlamat UiTM untuk memperkasakan penglibatan komuniti untuk penjanaan dan perkongsian ilmu.

Turut hadir pada program ini adalah penolong Rektor UiTMCPP Kampus Bertam, Dr Siti Nur Fadzilah Muhsain; Ketua Pusat Pengajian FSK, En. Amir Herberd Abdullah serta para staf akademik dari MRSM Kepala Batas. Diharapkan penglibatan dan kerjasama ini dapat diteruskan pada masa hadapan.

1
0