“Don’t Give Fire A Chance” – Kesedaran Pencegahan Kebakaran oleh FKA

Ceramah ini disampaikan oleh wakil Pertubuhan Pencegah Kebakaran Kuala Lumpur (PPKKL) kepada semua staf Fakulti Kejuruteraan Awam bagi memberi kesedaran mengenai cara mencegah kebakaran. Seramai lebih dari 50 peserta terdiri daripada staf pengurusan, staf makmal dan pensyarah FKA yang menyertai ceramah ini.

Cik Nabila Huda adalah penceramah dari PPKKL yang telah lama berkhidmat di badan pertubuhan bukan kerajaan ini bagi menyampaikan kesedaran mengenai pencegahan kebakaran di seluruh negeri Malaysia. Beliau menjelaskan kejadian kebakaran di jalan raya, di rumah, di tempat kerja dan bagaimana mengatasinya.

Ceramah ini sangat bermanfaat kepada semua orang awam dan perlu dipraktikkan dalam kehidupan seharian sebelum kejadian yang tidak diingini berlaku. Hasil daripada ceramah ini, ramai yang sedar cara pemadaman yang betul dan pentingnya smoke detector, fire extingusher dan fire blanket untuk diletakkan di rumah mahupun kenderaan.

Oleh itu, program ini turut dianjurkan oleh JK Keselamatan, Kesihatan dan Persekitaran FKA dengan kerjasama Pertubuhan Pencegah Kebakaran Kuala Lumpur dengan melibatkan seramai 60 staf.

Nama Program: “DON’T GIVE FIRE A CHANCE” – TAKLIMAT KESEDARAAN PENCEGAHAN KEBAKARAN DALAM KALANGAN STAF FKA
Tarikh: 28/5/2019
Tempat: Bilik Seminar Al-Jazari , FKA
Penglibatan: 60-Staf

Foto berkaitan:

0
0