“Donate Blood Save Lives” Satukan Hati Warga UiTM Pulau Pinang Kampus Bertam

“Donate Blood Save Lives” Satukan Hati Warga UiTM Pulau Pinang Kampus Bertam

4 Mac 2020 – Pusat Pengajian Sains Kesihatan (PPSK) bersama Perpustakaan Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Pulau Pinang Kampus Bertam dengan kerjasama Hospital Seberang Jaya telah menganjurkan Program Derma Darah di Perpustakaan UiTM Kampus Bertam.

Slogan Program Derma Darah kali ini adalah “Donate Blood Save Lives Campaign”.  Promosi kepentingan menderma darah di kalangan staf dan pelajar ini turut dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti seperti “Find Journal Articles”, “Inspirational Quotes Contest”, “Guess RBC Amount”, Kempen Pinjaman Buku Red Cover, “Free Meal Today” dan pengucapan awam bertajuk “I am Blood Donor” yang dibuat secara FB Live menerusi laman sosial Perpustakaan UiTM Kampus Bertam. Penganjuran aktiviti ini diterajui oleh Puan Nurhayati Hassan, Pustakawan Kanan UiTM Kampus Bertam.

“Donate Blood Save Lives” Satukan Hati Warga UiTM Pulau Pinang Kampus Bertam

Hasil PPSK, Perpustakaan UiTM Kampus Bertam dan Unit Transfusi, Hospital Seberang Jaya pada kali ini telah berjaya mendapatkan lebih kurang 80 beg darah daripada 130 orang yang mendaftar sebagai penderma. Terdapat peningkatan bagi jumlah pelajar dan staf yang menjadi penderma berbanding pada April 2019 iaitu hanya 75 orang pelajar yang mendaftar sebagai penderma.

Program tahunan ini dilihat dapat mewujudkan kesedaran dan penerimaan komuniti terutamanya di kalangan generasi muda tentang kepentingan pendermaan darah. Di samping itu, bilangan penderma yang layak meningkat melalui penganjuran program ini dengan bertujuan untuk memastikan pembekalan darah yang selamat dan mencukupi bagi memenuhi keperluan permintaan rawatan pesakit. Oleh itu, kami berharap program pendermaan darah dapat diteruskan di masa depan bagi memastikan kelestarian pembekalan darah yang bersih dan selamat sepanjang masa.

Foto berkaitan:

“Donate Blood Save Lives” Satukan Hati Warga UiTM Pulau Pinang Kampus Bertam “Donate Blood Save Lives” Satukan Hati Warga UiTM Pulau Pinang Kampus Bertam “Donate Blood Save Lives” Satukan Hati Warga UiTM Pulau Pinang Kampus Bertam “Donate Blood Save Lives” Satukan Hati Warga UiTM Pulau Pinang Kampus Bertam “Donate Blood Save Lives” Satukan Hati Warga UiTM Pulau Pinang Kampus Bertam