BANGKOK, 5hb – 7hb Mei 2024 – Program Bengkel Rekabentuk Dalaman ‘Interior Architecture Design Workshop 2024’ telah dilaksanakan dengan jayanya dari 5 hingga 7 Mei 2024 bertempat di King Mongkut’s Institute of Technology Ladkrabang (KMITL) Bangkok, Thailand. Bengkel ini telah disertai oleh 59 orang pelajar Ijazah Sarjana Muda Senibina Dalaman (Kepujian) Semester 08 dari UiTM Cawangan Selangor, Kampus Puncak Alam. Seramai 4 orang pensyarah pengiring dari Bidang Senibina Dalaman telah bekerjasama untuk merealisasikan program akademik ini.
Bengkel akademik ini telah dirancang oleh koordinator pensyarah Senibina Dalaman Semester 08 Senibina Dalaman, Pn. Norji Nasir, untuk Kursus ‘Design Project II’, dianjurkan bagi tujuan memberikan pendedahan kepada pelajar tahun akhir untuk projek “Design Studio” dalam menerima komen dan kritikan yang membina untuk penambahbaikkan rekabentuk yang di cadangkan. Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar dengan bertemu pakar dari luar, bertukar pendapat, serta mendapatkan komen dan pandangan yang konstruktif. Pelajar dilatih untuk berfikir secara kritis dan analitis, mempertanyakan konsep-konsep, dan mengembangkan argumen yang lebih baik. Maklumbalas daripada panel membantu pelajar memperbaiki dan mengasah idea mereka, sementara diskusi dengan panel dapat membantu pelajar melihat isu atau topik dari sudut pandang yang berbeza, yang mungkin tidak pernah mereka pertimbangkan sebelumnya.
Selain itu, proses pengumpulan data (research findings) yang diperlukan untuk merealisasikan hasil kerja persembahan rekabentuk dalaman projek akhir semester 8. Pengumpulan data tersebut dijalankan di beberapa tempat yang telah dikenalpasti yang bersesuaian dengan projek akhir.