“Dare to Be Fit” Kampus Bertam : Permulaan Kehidupan yang Lebih Sihat

"Dare to Be Fit" Kampus Bertam : Permulaan Kehidupan yang Lebih Sihat

Program “Dare to Be Fit” Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Pulau Pinang Kampus Bertam telah berakhir pada penghujung Februari 2020. Program ini bermula Ogos 2019 dengan disertai 52 peserta, terdiri daripada 26 staf lelaki dan 26 staf wanita UiTM Kampus Bertam. Sebelum aktiviti program dimulakan, satu sesi pengukuran berat badan, tinggi, ukur lilit pinggang dan ukur lilit punggung serta pengiraan indek jisim badan dicatat dan direkodkan.

Pertengahan dan di penghujung program, sekali lagi ukuran diambil dan dibuat perbandingan untuk menilai keberkesanan senaman yang telah dijalankan. Seramai 8 peserta telah dipilih untuk menerima anugerah semasa majlis perasmian penutup program “Dare to Be Fit” yang telah berlangsung pada 6 Mac 2020 di PTAR Kampus Bertam. Majlis telah dirasmikan oleh Rektor UiTM Cawangan Pulau Pinang, Prof. Madya Ts. Dr. Mohd Hisbany Bin Mohd Hashim dan turut dihadiri oleh Penolong Rektor Kampus Bertam, Dr. Siti Nur Fadzilah Binti Muhsain dan Timbalan Pendaftar Kanan UiTM Cawangan Pulau Pinang, Encik Mohd Salleh Bin Hussin.

"Dare to Be Fit" Kampus Bertam : Permulaan Kehidupan yang Lebih Sihat
Rektor UiTM Cawangan Pulau Pinang bersama Tuan Haji Bahman Jamaluddin

Di dalam ucapan perasmian penutup tersebut, Rektor telah menyarankan agar program sebegini diperluaskan ke kampus Permatang Pauh dan turut membuka peluang kepada pelajar untuk turut serta demi melahirkan warga kampus yang sihat dan rajin bersenam. Sebelum majlis bermula, sesi senaman beramai-ramai, terdiri daripada staf kampus Bertam dan pelajar semester 4 program Diploma Fisioterapi turut diadakan, yang dibimbing oleh Tuan Haji Bahman Jamaluddin. Menariknya, senaman ini dijalankan di dalam PTAR UiTM Kampus Bertam, yang secara tidak langsung mendorong warga kampus mendekati suasana perpustakaan yang fungsinya tidak tertumpu kepada pembacaan sahaja.

Dua orang instruktur yang bertanggungjawab mengemudi senaman Tabata sepanjang program “Dare to Be Fit” kampus Bertam ialah Tuan Haji Bahman Jamaluddin dan Encik Muhammad Iqbal Shaharudin, masing-masing pensyarah program fisioterapi Fakulti Sains Kesihatan, manakala senamrobik dipimpin oleh Cik Eirma Safiza Ghazali.

Sebagai dorongan kepada peserta, cenderahati telah disampaikan mengikut kategori pemenang pada akhir majlis tersebut. Berikut adalah senarai peserta yang berjaya menurunkan berat badan secara sihat dan komited melakukan senaman.

Anugerah kategori lelaki:

  • “King Dare to Be Fit”: Mohd Kamal Ariff Azalli
  • Tempat kedua: Muhammad Iqbal Shaharudin
  • Tempat ketiga: Muhamad Farid Hj Shuib
  • Peserta Paling Istiqomah: Ridzuan Husin

Anugerah kategori wanita:

  • “Queen Dare to Be Fit”: Nursyuhada Azzman
  • Tempat kedua: Syahirah Othman
  • Tempat ketiga: Wan Nurdini Hasnor Wan Ismail
  • Peserta Paling Istiqomah: Nor Azlina Abiden

"Dare to Be Fit" Kampus Bertam : Permulaan Kehidupan yang Lebih Sihat "Dare to Be Fit" Kampus Bertam : Permulaan Kehidupan yang Lebih Sihat "Dare to Be Fit" Kampus Bertam : Permulaan Kehidupan yang Lebih Sihat "Dare to Be Fit" Kampus Bertam : Permulaan Kehidupan yang Lebih Sihat "Dare to Be Fit" Kampus Bertam : Permulaan Kehidupan yang Lebih Sihat "Dare to Be Fit" Kampus Bertam : Permulaan Kehidupan yang Lebih Sihat