SHAH ALAM, 12 Januari 2023 – Kelab Media Komunikasi (MEDCOMM) Siswa berjaya mengukuhkan hubungan kekeluargaan di kalangan mahasiswa UiTM melalui anjuran program Dak Dak Dakwah pada 11 Januari 2024 yang berlangsung di Dewan Mawar Qaseh, UiTM Shah Alam. Program yang mendapat sambutan meriah ini bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan mahasiswa dalam menggunakan platform media sosial sebagai medium penyampaian dakwah mengikut trend semasa.
Dengan tumpuan utama pada sesi informasi yang dikongsi oleh jemputan khas, seperti Aniq Muhai, Iddin Ramli, dan MPP Che Aliff, mahasiswa UiTM telah diberi peluang untuk mendalami isu-isu kontemporari melalui perkongsian pandangan mengenai “Dakwah Atas Talian.” Ini bukan sahaja dapat memperkukuhkan kesedaran sosial, tetapi juga membantu menangani isu-isu penting dalam masyarakat.
Keunikan program ini tidak hanya terletak pada aspek informasi, tetapi juga melibatkan anak-anak yatim sebagai tetamu khas. Usaha ini mencipta peluang untuk berinteraksi secara positif dengan golongan yang memerlukan, sekaligus meningkatkan empati dan kepedulian dalam kalangan mahasiswa.Selain daripada sesi ceramah, MEDCOMM juga turut menyumbangkan barang keperluan kepada anak-anak yatim. Tindakan ini bukan sahaja memanfaatkan mereka yang kurang bernasib baik, tetapi juga mencerminkan nilai-nilai keagamaan yang diajar dalam program tersebut.
Program Dak Dak Dakwah ini secara keseluruhan telah berjaya mengukuhkan sifat kerohanian di kalangan pelajar, mendorong semangat untuk terus menyebarkan ilmu secara global, dan memberikan kesan positif kepada mahasiswa UiTM. Melalui penyelenggaraan program ini, MEDCOMM berharap dapat membentuk komuniti yang mendukung, meningkatkan motivasi, serta memperkaya pengalaman pelajar dalam memahami dan mengamalkan ajaran dakwah.
Kejayaan program ini bukan hanya dalam mencapai matlamat asal, tetapi juga dalam mencipta impak yang lebih besar melalui keterlibatan mahasiswa dalam aktiviti keagamaan dan sosial. Diharapkan bahawa semangat kekeluargaan dan kasih sayang yang terpancar dalam program Dak Dak Dakwah ini dapat terus diteruskan dan menjadi inspirasi bagi usaha-usaha mendepani cabaran masyarakat di masa hadapan.