Cuti Sekolah bersama ‘Math Camp 2019’ di UiTM Pulau Pinang

Cuti Sekolah bersama "Math Camp 2019" di UiTM Pulau Pinang

Jabatan Sains Komputer dan Matematik buat kali keduanya telah menganjurkan kem  iaitu ‘Math Camp 2019’ yang telah berlangsung selama dua hari pada 11 dan 12 Disember 2019. Bertempat di Pusat Islam, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Pulau Pinang, Kampus Permatang Pauh, kem ini terbuka kepada pelajar sekolah rendah yang berumur di antara 8 hingga 11 tahun.

Seramai 54 orang pelajar telah mendaftar sebagai peserta iaitu yang terdiri daripada 23 orang pelajar lelaki dan 30 orang pelajar perempuan.  Kem ini bertujuan untuk memupuk minat pelajar sekolah rendah terhadap matematik dengan menterjemahkan pengajaran matematik kepada bentuk atau kaedah yang lebih santai. Secara tidak langsung, kem ini dapat meningkatkan keyakinan, pengetahuan dan kemampuan pelajar dalam bidang matematik.

Cuti Sekolah bersama "Math Camp 2019" di UiTM Pulau Pinang

Kem yang berlangsung selama dua hari ini di isi dengan pelbagai aktiviti yang menarik. Pada hari yang pertama, peserta di beri tugasan matematik yang berkaitan dengan operasi tambah, tolak, darab dan bahagi. Tugasan tersebut adalah “pick up mathstick”, “smart shopper”, “grow your seeds” dan lain-lain.

Pada hari yang kedua pula, peserta melaksanakan tugasan yang lebih mencabar iaitu seperti  “explorace, “draw made easy” dan beat the clock”. Tugasan yang dijalankan oleh peserta bukan sahaja berbentuk permainan, tetapi mereka juga di dedahkan dengan pelbagai kaedah pembelajaran. Tujuannya adalah untuk membantu peserta memahami matematik dengan lebih berkesan.

Peserta juga dapat bersaing secara individu dengan peserta lain dan secara tidak langsung, mereka akan dapat mengetahui kemampuan masing-masing dalam penyelesaian matematik. Aktiviti yang dilakukan secara berkumpulan pula dapat mengajar mereka supaya saling bantu-membantu antara satu sama lain dalam menyelesaikan masalah matematik bersama-sama serta dapat bersaing dengan kumpulan lain secara sihat.

Cuti Sekolah bersama "Math Camp 2019" di UiTM Pulau Pinang

Kem ini dimeriahkan lagi dengan pemberian hadiah kepada pemenang  sama ada secara berkumpulan atau individu. Kegembiraan dikalangan peserta terserlah apabila telah memenangi beberapa hadiah yang telah disediakan. Secara tidak langsung, ianya dapat  menaikkan lagi semangat peserta dalam melaksanakan aktiviti yang seterusnya dengan lebih bersemangat dan bersungguh-sungguh.

Secara keseluruhannya, kem ini telah menyediakan pelbagai aktiviti berkaitan asas matematik yang menarik  dan berfaedah kepada peserta. Di harap kem ini dapat membantu pelajar meningkatkan   lagi motivasi   dan   keyakinan   diri  mereka  untuk   mencapai kejayaan dalam bidang akademik mahupun sosial.