Creanova Final Year Design Presentation and Exhibition oleh Para Pelajar Semester 08 dan Pensyarah, Bidang Senibina Dalaman UiTM Cawangan Selangor Kampus Puncak Alam

The Linc, KL: 2 hingga 4 Ogos 2024 – Pameran ‘Creanova 24’, merupakan persembahan projek rekaan inovatif oleh pelajar tahun akhir Bidang Senibina Dalaman, dari Pengajian Senibina dan Senibina Dalaman, telah berakhir dengan jayanya. Program yang berlangsung selama tiga hari bermula dari 2 Ogos 2024 sehingga 4 Ogos 2024 merupakan bukti kepada kreativiti dan hasil titik peluh pelajar-pelajar kami. Hari pertama ‘Creanova 24’ telah membuka tirai dengan penuh inspirasi dengan pameran pelajar bermula pukul 10 pagi sehingga 10 malam. Selain itu, pelajar juga berpeluang untuk berkomunikasi secara fizikal bersama dengan wakil dari Syarikat Haworth, ‘office furniture’ iaitu Encik Darren Fu, seorang profesional dari industri perabot yang terkenal di Malaysia untuk sesi perkongsian ilmu. Program diakhiri dengan taklimat pertandingan ‘Daikin Youth Design Competition 2024’ oleh Eksekutif HCAC Business Daikin, Puan Masirah Abdul Rahim, yang telah memberi penerangan mengenai syarat-syarat dan keperluan pertandingan. Para pelajar juga telah ditaja dengan barangan sumbangan dari pihak Daikin berupa mini speaker Daikin.

Program diteruskan pada hari kedua dengan acara kemuncak di mana para pelajar telah diberi peluang untuk membentangkan hasil kerja projek akhir mereka kepada barisan panel industri dan alumni. Antara panel-panel juri yang turut hadir menilai dan memberikan komen yang membina pada program termasuklah panel dari syarikat Central Trafalgar, Designtone Sdn. Bhd., Goodwinds, 3 Point 8 Art & Creative, Umbut Studio, TR Hamzah and Yeang, Esthetic Task, Inkka Sdn. Bhd, GA Design International Sdn Bhd, Designwilkes Sdn. Bhd., iPartnership (M) Sdn. Bhd, RDM Design Sdn. Bhd., Innovative Space Dimension Sdn Bhd, Keem Mazni Interiors, DRL Design Sdn. Bhd., Ashrie (M) Sdn. Bhd., Studio and Works, Taylor’s University, UCSI University dan First City University College. Maklum balas yang disampaikan serta komen-komen yang membina akan dapat membantu pelajar dalam memenuhi kehendak industri  pada masa akan datang. Hari tersebut juga diwarnai dengan majlis perasmian ‘Creanova 24’, dan dirasmikan oleh Yang Berusaha , Profesor Town Planner Dr. Jamalunlaili Abdullah, Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri, Komuniti dan Alumni) UiTM. ‘Creanova 24’ telah menjadi saksi kepada ketekunan dan kredibiliti pelajar dalam mempamerkan hasil kerja yang kreatif dan inovatif, komitmen dan dedikasi pelajar tahun akhir. Program ini juga turut dihadiri oleh barisan dif-dif terhormat Kolej Pengajian Alam Bina, UiTM termasuklah Timbalan Rektor UCS, Yang Berusaha, Profesor Madya Surveyor Dr. Rosmadi Ghazali: Bahagian Hubungan Industri, Komuniti, Alumni & Keusahawanan (iCARE): Yang Dihormati, Nor Azyyati Md Saad – Koordinator Korporat Yang Berbahagia, Surveyor Dr. Ahmad Shazrin Mohamed Azmi – Dekan (Hal Ehwal Pelajar) Yang Dihormati, Dr. Hailane bin Salam – Ketua Pengajian Senibina dan Senibina Dalaman Yang Dihormati, Dr. Tun Mohd. Irfan Mohd Suria Affandi – Koordinator Bidang Senibina Dalaman Yang Dihormati, Datin Hajah Noor Asyikin Md. Nor – Timbalan Pendaftar Kanan Yang Dihormati, En. Mohd Suhaizal Suffian Nory – Penolong Pendaftar, barisan pensyarah Bidang Senibina Dalaman, penggiat industri dalam Bidang Senibina Dalaman, ibu bapa, ahli keluarga pelajar, serta orang awam, yang sama sama hadir memberi sokongan kepada para pelajar tahun akhir Bidang Senibina Dalaman. Pada hari kemuncak ini, seramai lebih kurang 200 orang awam telah datang menyaksikan hasil kerja pelajar di pameran tersebut.

Hari terakhir ‘Creanova 24’ menampilkan sesi perkongsian ilmu oleh pakar industri, Encik Shafiq Azhar, Associate Duoz Design – sebuah syarikat Interior Design Consultation Firm yang terkenal dengan projek – projek antarabangsa, telah berkongsi pandangan tentang dunia rekaan hotel kepada para pelajar, manakala Pensyarah Bidang Senibina Dalaman, Ts. Norji Nasir pula memberikan maklumat yang bernilai untuk permulaan perjalanan selepas graduasi pelajar. Kejayaan ‘Creanova 24’ adalah hasil sokongan padu daripada penaja-penaja kami, terutamanya pihak Flexis Idea Sdn. Bhd, The Linc, KL, Haworth Office Furniture, TAK Product & Services Sdn. Bhd, Umbut Studio Interior Design, Laser Dron Engineering, Imanpuri Sdn. Bhd, dan Penang Gurney Drive. Sumbangan yang tak ternilai ini membantu pihak Bidang Senibina Dalaman amnya, untuk merealisasikan program ini. Pihak Neovarc, pelajar semester 08 mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak yang telah hadir dan terlibat secara langsung dalam menjayakan program ‘Creanova 24’. Kami berharap dapat menyaksikan projek-projek yang lebih inovatif pada masa akan datang oleh barisan pelajar tahun akhir kami. Maklumat lanjut mengenai program ini boleh dirujuk di laman web Home | My Site (https://creanova2024.wixsite.com/creanova/home)