COVID-19: UiTM Cawangan Sarawak Terima Sumbangan Dan Bantuan Daripada TM Sarawak

Sesi penyerahan wang sumbangan kepada Rektor UiTM Cawangan Sarawak, Prof Dato Dr Jamil Hamali oleh Pengurus Besar TM Sarawak, Encik Jafer Shadiq Abdul Lathiff. Turut hadir sama Penolong Pengurus Besar TM Sarawak, Encik Abdul Rahman Taha

UiTM Cawangan Sarawak baru-baru ini telah menerima bantuan dan sumbangan daripada TM Sarawak sebuah organisasi korporat  dalam bentuk wang tunai. Sumbangan tersebut telah diserahkan sendiri oleh Pengurus Besar TM Sarawak, Encik Jafer Shadiq Abdul Lathiff kepada Rektor UiTM Cawangan Sarawak, Prof Dato Dr Jamil Hamali di kediaman beliau. Turut hadir pada majlis penyerahan ringkas tersebut adalah Penolong Pengurus Besar TM Sarawak, Encik Abdul Rahman Taha serta Pengurus TM, Encik Faizan bin Horian.

Sumbangan ini merupakan usaha kerjasama TM Sarawak bersama UiTM Cawangan Sarawak sebagai bantuan tambahan ke atas usaha UiTM Cawangan Sarawak dalam membantu membeli keperluan serta makanan untuk semua mahasiswa UiTM Sarawak yang masih berada di dalam kampus sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan ( PKP)  ini. Diharap dengan usaha serta bantuan seperti  ini dapat memberi sedikit kelegaan kepada semua mahasiswa/siswi yang terkesan oleh Perintah Kawalan Pergerakan yang telah bermula sejak 18 Mac 2020 yang lalu.