UiTM Cawangan Sarawak hari ini telah menerima bantuan dan sumbangan sebanyak Ringgit Malaysia Sepuluh Ribu (RM10,000.00) daripada Bank Rakyat Cawangan Samarahan. Simbolik Penyerahan bantuan tersebut telah dilakukan sendiri oleh Pengurus Cawangan Bank Rakyat Kota Samarahan, Encik Halmi Mosli.kepada Rektor UiTM Cawangan Sarawak, Prof Dato Dr Jamil Hamali di kediaman beliau di Petra Jaya.
Menurut Encik Halmi, sumbangan ini merupakan salah satu usaha yang dibuat oleh Bank Rakyat dalam membantu pelajar dan staf yang terkesan oleh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di UiTM Cawangan Sarawak. Selain itu juga ia merupakan salah satu kerjasama serta sokongan Bank Rakyat Kota Samarahan terhadap usaha UiTM Cawangan Sarawak dalam membantu pelajar dan frontliner UiTM Cawangan Sarawak sepanjang tempoh PKP ini berlangsung. Diharap dengan usaha serta bantuan seperti ini dapat memberi sedikit kelegaan bukan sahaja kepada semua mahasiswa siswi malah pejuang barisan hadapan UiTM Cawangan Sarawak.