Sekitar penyerahan 2 unit intubation box dan batch pertama protective face shield hasil rekabentuk pasukan teknikal UiTM Cawangan Johor kepada wakil Hospital Sultan Ismail.
Perbincangan teliti yang mengambil kira aspek ergonomik, kebolehgunaan, keselesaan dan kesesuaian material melibatkan pasukan teknikal yang diketuai oleh Dr Siti Khadijah Alias, Ketua Pusat Pengajian Fakulti Kejuruteraan Mekanikal Kampus Pasir Gudang dan wakil pasukan perubatan telah diadakan sebelum proses rekabentuk dan penghasilan peralatan dimulakan. Ini adalah untuk memastikan peralatan berkualiti dapat dihasilkan dan digunakan oleh petugas barisan hadapan di lapangan.
UiTM Cawangan Johor mensasarkan penghasilan sebanyak 2000 protective face shield dan 5 unit intubation box untuk diberikan kepada hospital di sekitar Johor. Antara hospital yang akan menerima sumbangan peralatan ini adalah Hospital Sultan Ismail Johor Bahru, Hospital Pakar KPJ Pasir Gudang, Hospital Enche’ Besar Hajah Khalsom Kluang, dan Hospital Besar Segamat.
Inisiatif khas UiTM Cawangan Johor ini dijayakan oleh kerjasama warga yang terdiri dari para pensyarah, penolong jurutera, dan para pelajar yang terlibat secara sukarela. Semoga usaha ini dapat memberi manfaat kepada petugas dalam menjalankan tugas di lapangan.