COVID-19: Penyerahan Sumbangan Biskut Oleh Wisdom Creation Industries Sdn. Bhd

Polis Bantuan UiTM Shah Alam telah berbesar hati menerima sumbangan biskut Way-Gy dari Wisdom Creation Industries Sdn. Bhd. Sumbangan yang disampaikan oleh wakil syarikat tersebut adalah sebagai tanda keprihatinan dan sokongan kepada para petugas barisan hadapan dalam menangani COVID-19. Syarikat Wisdom Creation Industries Sdn. Bhd merupakan syarikat terbitan (start-up/spin off) UiTM yang dimiliki oleh En. Mohd Shukri Shohimi, En. Mohd Fahmi Mohd Noor dan Dr. Khairul Adzfa Radzun (pensyarah dalam bidang Molecular Bioscience di Fakulti Sains Gunaan, UiTM Shah Alam).