COVID-19: Pensyarah Prihatin isi masa PKP Hasilkan Topeng Muka untuk Hospital

COVID-19: Pensyarah Prihatin isi masa PKP Hasilkan Topeng Muka untuk Hospital

SERI ISKANDAR, 2 April – Terkesan dengan video sekumpulan jururawat yang menjahit sendiri kelengkapan pelindungan (PPE) yang viral di saluran Youtube, sekumpulan warga akademik dari Fakulti Senibina, Perancangan dan Ukur (FSPU), Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka (FSSR) serta kumpulan kebajikan Suapan Barakah dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Perak telah berganding bahu sejak 29 Mac 2020 bagi melakukan kerja-kerja khidmat sosial untuk membantu kumpulan petugas barisan hadapan yang terdiri daripada petugas-petugas perubatan beberapa buah hospital dan klinik kesihatan di sekitar negeri Perak dalam menangani bencana wabak Covid-19 ini.

Gandingan para pensyarah ini telah pun menghasilkan sebanyak 1200 topeng muka perlindungan diri (PPE) yang telah diagihkan kepada kakitangan di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh, Hospital Bahagia Ulu Kinta, Hospital Seri Manjung dan Pejabat Kesihatan Perak Tengah. Projek kemasyarakatan ini turut mendapat sokongan dan kerjasama dari beberapa syarikat swasta tempatan yang membekalkan bahan mentah dan kelengkapan lain.

COVID-19: Pensyarah Prihatin isi masa PKP Hasilkan Topeng Muka untuk Hospital

Disamping bekalan topeng muka kepada pihak hospital, kumpulan ini turut menghulurkan bantuan dalam bentuk makanan asas seperti beras, minyak masak, tepung, gula dan lain-lain jenis makanan kepada golongan asnaf, ibu-ibu tunggal serta warga emas di beberapa daerah di negeri Perak seperti Perak Tengah, Ulu Kinta, Padang Rengas dan Ipoh bagi meringankan beban golongan kurang bernasib baik yang terjejas akibat wabak Covid-19 ini.

Sumber: UiTM Cawangan Perak – Media FB Rasmi

0
0