Corporate Social Responsibility UiTM Cawangan Pahang, Kampus Raub

6 Januari 2024- Program Corporate Social Responsibility UiTM Cawangan Pahang Kampus Raub bertempat di Kampung Sungai Chandan, Raub, Pahang telah dirasmikan oleh Ustaz Mohd Muzil Adli bin Ne’mat iaitu Pengurus Cawangan MUIP Raub yang merupakan penyumbang utama dalam program ini. Selain itu, pihak Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Raub juga terlibat sama dalam menjayakan program ini.

Corporate Social Responsisbility UiTM Raub atau lebih mudah dipanggil sebagai CSR UiTM Raub merupakan program anjuran Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Cawangan Pahang Kampus Raub sesi 2022/2023. Program ini telah mendapat sambutan penuh daripada penglibatan penduduk Kampung Sungai Chandan. Pelbagai aktiviti dilakukan bagi mencapai objektif program seperti sumbangan beras kepada penduduk kampung, aktiviti sukaneka bersama anak-anak kecil dan juga aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan sekitar. Melalui program ini, dua objektif telah tercapai iaitu dapat meningkatkan semangat kesukarelawanan dalam diri pelajar sejajar dengan Sustainable Development Goal (SDG) yang kedua aitu Zero Hunger.

Seterusnya, program ini telah berjaya membina keyakinan diri peserta dan anak-anak orang asli terutamanya dalam aspek komunikasi dan interaksi dengan masyarakat serta mempelajari ilmu gaya hidup yang berbeza. Justeru, diharapkan melalui program ini dapat membina hubungan yang baik antara warga UiTM Kampus Raub bersama penduduk Kampung Sungai Chandan. Pelbagai aktiviti akan datang dapat dijalankan bagi memajukan kawasan perkampungan orang asli yang terletak berdekatan dengan UiTM ini.