Contact Lens Awareness anjuran OPTIMIST UiTM Kampus Puncak Alam bersama Johnson & Johnson Vision

PUNCAK ALAM – Johnson & Johnson Vision berkolaberasi bersama Persatuan Pelajar-pelajar Optometri (OPTIMIST) menganjurkan program Healthy Habits Lead to Healthy Eyes. Program ini diadakan pada 21 November 2019 di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Selangor Kampus Puncak Alam.

Program ini telah bermula pada pukul 12 tengah hari dan dimulakan dengan pameran booth daripada Johnson & Johnson Vision dan pelajar-pelajar Optometri. Program ini dilaksanakan atas tujuan untuk memberi kesedaran mengenai penggunaaan kanta sentuh dan memperkenalkan produk-produk baharu keluaran ACUVUE. Antaranya ialah Ultraviolet (UV) – blocking contact lens by ACUVUE.

Selain itu, pelajar-pelajar dapat mengunjungi booth yang disediakan dan mendapat penerangan lebih lanjut mengenai kepentingan perlindungan mata daripada sinar ultraungu (UV). Dalam pada itu, pihak ACUVUE turut menyediakan cenderahati seperti Neutrogena Cleanser dan Multipurpose Solution (MPS) kepada 150 pelajar UiTM yang memberi responden terawal.

Pameran booth oleh Johnson & Johnson Vision dalam memperkenalkan produk dan jenis kanta sentuh keluaran ACUVUE
Pameran booth oleh Pelajar-Pelajar Optometri

Sesi perkongsian ilmu program Healthy Habits Lead to Healthy Eyes telah dimulakan dengan ucapan Pengarah program iaitu saudari Nurfatina Aqilah dan dirasmikan oleh Profesor Dr. Zulkhairi Bin Hj Amom, Dekan Fakulti Sains Kesihatan.

Sesi ini juga turut dihadiri para tetamu jemputan yang terdiri daripada Encik Romizan Bin Jathin, Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar Fakulti Sains Kesihatan, Puan Fatin Nur Najwa Binti Norazman, Ketua Pusat Pengajian Optometri, Puan Nur Aresya Binti Ahmad Najmee, Penasihat Persatuan OPTIMIST, para pensyarah dan staf Jabatan Optometri.

Demonstrasi sinar UV tidak menembusi kanta sentuh keluaran ACUVUE

Sesi perkongsian ilmu bersama Puan Linsay Sundram, Penolong Pengurus Profesional Pendidikan Johnson & Johnson Vision, turut dijalankan bagi membincangkan kepentingan perlindungan mata dari terdedah kepada sinar UV dan beliau juga memperkenalkan produk kanta sentuh yang mempunyai komponen yang mampu melindungi mata daripada sinar UV.

Program ini turut diserikan lagi dengan sesi penyampaian cenderahati kepada wakil ACUVUE atas kerjasama dan kesudian mereka dalam menjayakan program ini.

Company-talk daripada Syarikat AVEO

Dalam pada itu, program Concise telah diadakan sepanjang Mac hingga Oktober 2019 yang bertempat di Bilik Seminar Optometri Aras 2, Fakulti Sains Kesihatan 2,3,4, UiTM Kampus Puncak Alam, Selangor.

Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan dan perkongsian ilmu kepada pelajar-pelajar Optometri UiTM Puncak Alam daripada wakil syarikat yang telah menempa nama dalam bidang berkaitan penglihatan. Program ini juga turut menjadi platform sebagai persediaan pelajar-pelajar Optometri tahun akhir untuk menyiapkan diri mereka sebelum menempuhi alam pekerjaan yang sebenar.

Company-talk daripada Syarikat ESSILOR

Program ini turut melibatkan kerjasama daripada beberapa pihak iaitu AVEO, ESSILOR, MATA by Optometrist, Baush & Lomb dan ACUVUE.

Wakil daripada syarikat AVEO Malaysia telah berkongsi mengenai produk kanta sentuh yang berada di pasaran dan yang bakal dipasarkan di Malaysia. Syarikat tersebut juga berkongsi tentang promosi pengeluaran produk kanta sentuh di Malaysia dan di luar negara.

Seterusnya, wakil daripada Syarikat ESSILOR memberi pendedahan mengenai panduan pemilihan kanta untuk pemasangan cermin mata dengan prosedur yang betul.

Career-talk daripada MATA by Optometrist oleh Encik Muhamad Syukri bin Mohamad Rafiuddin

Manakala, wakil daripada syarikat MATA by Optometrist telah berkongsi mengenai Career Talk dan praktis yang harus dikekalkan sebagai bakal Optometris yang bergraduan.

Perkongsian bersama wakil syarikat Bausch & Lomb mengenai cara fitting yang betul bagi kanta sentuh jenis multifocal keluaran Bausch & Lomb.

Career Talk daripada wakil syarikat Bausch & Lomb

Wakil Johnson & Johnson Vision juga tidak ketinggalan untuk berkongsi mengenai jenis bahan dan mekanisme untuk setiap kanta sentuh keluaran ACUVUE.

Pihak penganjur berharap agar program ini dapat membuka pemikiran pelajar dalam menambahkan maklumat baharu serta memberi pendedahan ilmu berkaitan fungsi dan penggunaan kanta sentuh bukan sahaja kepada pelajar Optometri malah kepada seluruh warga UiTM. Kami juga berharap agar program ilmiah seperti ini dapat dilaksanakan lagi pada masa akan datang.

Career-Talk daripada wakil ACUVUE
Sesi bergambar bersama pihak ACUVUE
1
0