Community Service And International Volunteenrism Between UNISA Yogyakarta And UiTM Puncak Alam

PUSAT AKTIVITI WARGA EMAS, 23 Oktober 2024Nursing Student Association (NUSA), Fakulti Sains Kesihatan Sesi 2023/2024 telah mengadakan program Community Service and International Volunteerism Between UNISA Yogyakarta and UiTM Puncak Alam yang dijalankan secara bersemuka di Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE), Tanjong Karang. Objektif utama program ini diadakan adalah untuk meningkatkan pemahaman mahasiswa tentang cabaran serta keperluan yang dihadapi oleh warga emas, serta mewujudkan interaksi yang menyenangkan dan saling menghormati antara mahasiswa dan warga emas melalui aktiviti bersama. Selain itu, program ini juga dapat menggalakkan mahasiswa untuk menjadi lebih bertanggungjawab dan terlibat dalam aktiviti sukarelawan untuk memberi sumbangan kepada masyarakat.

Seramai 6 orang ahli jawatankuasa pelaksana program yang terdiri daripada pelajar kejururawatan di bawah bimbingan Penasihat 2 Nursing Student Association, Puan Suzana binti Yusof selaku penasihat program. Turut serta, 3 orang pensyarah dari Pusat Pengajian Kejururawatan, UiTM Puncak Alam, 3 orang pensyarah keperawatan dari UNISA Yogyakarta, 4 orang pengajar klinikal, 19 orang pelajar kejururawatan dari UNISA Yogyakarta, dan juga tetamu jemputan daripada Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE), Tanjong Karang. Program ini telah dirasmikan oleh Dr. Siti Khuzaimah Binti Ahmad Sharoni iaitu Ketua Pusat Pengajian Kejururawatan, UiTM Puncak Alam. 

Pelbagai aktiviti berkaitan kesihatan telah dijalankan antaranya senamrobik, sukaneka dan juga saringan kesihatan seperti bacaan tekanan darah, ukur berat, serta pemeriksaan gula dalam darah. Seterusnya, turut diadakan sesi pendidikan kesihatan berkenaan langkah mengurangkan risiko jatuh kepada warga emas yang disampaikan oleh pelajar UITM dan rukhsah dalam solat yang disampaikan oleh pelajar UNISA, serta kuiz bagi menilai kefahaman para peserta.

Majlis diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada para peserta PAWE, Tanjong Karang yang disampaikan oleh Puan Suzana binti Yusuf, Penasihat 2 Nursing Student Association (NUSA) dan diiringi oleh Puan Estriana Murni Setiawati, Pensyarah Kejururawatan UNISA.

Oleh yang demikian, kami berharap program seperti ini serba sedikit dapat menambah amal kebaikan, pengetahuan dan dapat meningkatkan rasa kasih sayang generasi muda terhadap warga emas. Pihak penganjur juga berharap agar program sebegini dapat dijalankan lagi pada masa akan datang kerana program ini terbukti telah memberikan banyak impak yang positif dari segi kerohanian dan sahsiah diri para pelajar kejururawatan. Objektif yang dirangka bagi program ini juga telah berjaya dicapai dan diharapkan ia akan dapat memberi faedah kepada semua peserta yang telah menghadirkan diri pada hari program berkenaan.

Disediakan oleh,

Muhammad Amsyar Fudhail bin Kamal Ariffin,

Pengarah Community Service And International Volunteenrism

Between UNISA Yogyakarta  And UiTM Puncak Alam

Nursing Student Association

Fakulti Sains Kesihatan 2023/2024.