Citra Malaysia Meriah!

Bandar Tun Razak, Jengka, 14 Mei 2022 – Persembahan kebudayaan Citra Malaysia (Colours of Malaysia 2022) telah dianjurkan oleh Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara Pahang (JKKNP) dengan kerjasama Mydin Jengka, UiTM Cawangan Pahang dan Nasi Kandar Line Q.

Malaysia terkenal dengan khazanah seni, budaya dan warisan. Secara globalnya, terdapat pelbagai kumpulan etnik bumiputera di Malaysia yang kaya dengan nilai-nilai murni, adat serta tradisi bagi mengekalkan adat turut temurun khas buat generasi akan datang. Malah, kita sering diingatkan supaya terus memelihara serta menjaga seni, budaya dan warisan agar tidak terus hayut dibawa arus kemodenan. Adalah menjadi satu tanggung jawab kita sebagai generasi kini untuk memperkenalkan dan mengaktifkan pelbagai seni yang terdapat di Malaysia sebagai contoh seni lukis, seni tari, seni lakon, seni muzik, seni pertahankan diri dan sebagainya.

Persembahan yang telah dijalankan adalah berbentuk seni tari dan seni muzik yang berasal daripada beberapa daerah di Negeri Pahang khususnya. Maka perkongsian ini akan amat memberi faedah kepada mahasiswa dan komuniti setempat.

Bagi program Citra Malaysia di Mydin Mall Jengka ini, persembahan yang telah diadakan melibatkan tiga kumpulan yang telah bergiat aktif di dalam bidang seni. Ia dimulakan oleh persembahan tarian oleh Kumpulan Kesenian JKKN Negeri pahang, diikuti oleh persembahan Dikir Raya oleh Persatuan Kebudayaan dan Warisan Kampung Damak, Jerantut, dan seterusnya persembahan Busking oleh Band UiTM Cawangan Pahang, Kampus Jengka. Persembahan diakhiri dengan Persembahan tarian ‘Hari Raya’ yang sangat menarik dan menghiburkan kira-kira 300 penonton yang hadir.

Warga UiTM Cawangan Pahang yang terlibat dalam persembahan busking terdiri daripada staf dan juga pelajar UiTM cawangan Pahang yang terdiri daripada :

1. Norhanizan Bin Jamalludin (Pembantu Tadbir Kewangan Kanan)
2. Ahmad Imran Aiman Bin Md Mubin (SR113)
3. Rahmatul Najwa Binti Rosmawi (SR113)
4. Muhammad Haikal Bin Malik (AS117)
5. Nur Afiqa Khaleeda Binti Izlan (SR113)
6. Puteri Nurul Wardina Fikriyah Binti Norhisham (EC110)
7. Nor Amirul Fiqkri Bin Khamis (AS255)

Kehadiran tetamu jemputan iaitu Puan Nurwati Binti Abdul Wahab (Pengarah JKKNP), Pengurus Cawangan Mydin Mall Jengka dan En. Mohd Faizal Azrul Azwan Bin Muhamed@Che Harun telah menambah kemeriahan lagi program tersebut.