Chill-Lah Acoustic 2022

Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Universiti Teknologi MARA Cawangan Sabah melalui Unit Kebudayaan yang diketuai oleh En. Noradzely bin Amat Darmawi dengan kerjasama Resident Studio dan Jawatankuasa Kesenian Pelajar (JKP) telah menjalankan sebuah segmen Chill-Lah Acoustic. Ianya digerakkan dan dilaksanakan khas oleh persatuan pelajar iaitu Jawatankuasa Kesenian Pelajar (JKP) yang diketuai oleh Alysha Mybelrose Alixcius.

Segmen ini merupakan segmen khas yang dibuat oleh Resident Studio untuk disajikan kepada pelajar melalui laman Facebook mereka. Chill-Lah Acoustic menyajikan aktiviti berbentuk hiburan seperti nyanyian yang melibatkan Team JKP. Segmen ini diadakan setiap minggu pada hari Selasa bermula jam 8:30 PM.

Antara objektif utama projek ini adalah untuk memberi peluang kepada pelajar untuk menonjolkan bakat mereka sama ada dalam nyanyian ataupun bermain alat muzik. Selain itu, melalui program ini juga pelajar akan dibimbing dan diajar cara untuk menguruskan acara, pengendalian dan pengaturcaraan teknikal yang betul dalam sesebuah program yang hanya menggunakan platform live. Secara tidak langsung, pelajar dapat mempelajari dan mempraktikkan ilmu yang diperoleh pada masa akan datang. Semoga dengan adanya projek sebegini jurang pengetahuan dalam kalangan pelajar dapat dipecahkan dan seterusnya menjadi pemangkin semangat bagi mereka untuk terus bergiat aktif dalam aktiviti kampus.