Ceramah Perdana: Fenomena Cinta Kampus – Cukupkah Ilmu Agamanya

Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Selangor, Kampus Puncak Perdana telah berjaya merealisasikan matlamat visi dan misi UiTM pada dasar negara. Oleh itu, Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK) Jasmine UiTM Kampus Puncak Perdana telah mengadakan Program Ceramah Perdana yang berjudul “Fenomena Cinta Kampus: Cukupkah Ilmu Agamanya?” yang disampaikan oleh penceramah Encik Ahmad Izzat Bin Ahmad Basri, telah diadakan pada 11 Januari 2022 bermula pada jam 8:30 malam sehingga jam 10:30 malam bertempat di Surau Ar-Razzaq Kolej JasmineSeperti yang diketahui umum, majoriti mahasiswa dan mahasiswi Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) cenderung untuk menjalinkan hubungan cinta ketika mereka masih bergelar seorang pelajar aktif sehingga ada yang melampaui batas.

Melalui program ceramah ini, sedikit sebanyak dapat memberi kesedaran kepada para pelajar universiti terutamanya yang menetap di Kolej Jasmine. Menurut ketua program, Siti Sarah Binti Saharudin dan penasihat program, Puan Masmadianty Binti Muhammad, penganjuran program ini telah berjaya membuka mata dan memberi kesedaran kepada para pelajar tentang kebaikan dan keburukan menjalinkan hubungan cinta semasa melanjutkan pelajaran ke menara gading selain dapat memupuk dan mengukuhkan hubungan silaturrahim di antara ahli JPK Jasmine dan Staf Residen Kolej (SRK) seterusnya menjadikan sistem pengurusan di Kolej Jasmine berjalan dengan lebih lancar.