Casuarina Sport Day

Pada 14 Januari 2023, Jawatankuasa Perwakilan Kolej Casuarina UiTM Puncak Alam telah menjalankan satu aktiviti sukan melibatkan para penghuni kolej kediaman mereka. Program ini telah berlangsung selama satu hari dimana melibatkan 2 acara iaitu perlawanan Futsal dan perlawanan Bola Jaring bertempat di Gelanggang Futsal bersebelahan Blok Casuarina 2. Program ini mendapat sambutan dengan penyertaan penuh bagi kategori pertandingan Futsal dan Bola Jaring.

Tujuan program ini dijalankan adalah bagi memberi peluang kepada para penghuni kolej Casuarina untuk mengenengahkan bakat dan kebolehan mereka dalam acara Futsal dan Bola Jaring. Pasukan yang telah berjaya menjadi Johan pertandingan, secara langsung akan terus dipilih bagi mewakili Kolej Casuarina dalam pertandingan seterusnya yang melibatkan peringkat kolej-kolej kediaman. Program ini secara langsung telah memberi impak yang sangat baik kepada para pelajar dari segi kesihatan mental dan fizikal. Selain itu, program ini juga telah memperkenalkan diri mereka kepada rakan baru sepanjang aktiviti berlangsung.

Dengan usaha yang dilakukan oleh Jawatankuasa Perwakilan Kolej ini, diharapkan para penghuni kolej kediaman akan terus memberi komitmen penuh dan tinggi dalam keterlibatan aktiviti pembangunan pelajar. Program ini diakhiri dengan penyampaian hadiah oleh Staf Residen Kolej Casuarina, En Mohd Idham bin Abdul Rahim kepada pemenang.