Busking Roadtour Manukan 2022

Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Universiti Teknologi MARA Cawangan Sabah melalui Unit Kebudayaan yang diketuai oleh En. Noradzely Amat Darmawi dan Jawatankuasa Kesenian Pelajar (JKP) telah menjalankan projek busking di Cafetaria kolej Manukan. Projek ini merupakan lanjutan berterusan dari siri Busking Roadtour yang di jalankan setiap semester. Ianya digerakkan dan dilaksanakan khas oleh persatuan pelajar iaitu Jawatankuasa Kesenian Pelajar (JKP).

Projek Busking Roadtour (BRT) siri 4 bagi tahun 2022 ini telah dijalankan di kafeteria Manukan pada 23 Mei 2022. Projek busking ini dikendalikan sepenuhnya oleh Jawatankuasa Kesenian Pelajar (JKP) merangkumi perancangan, promosi, persiapan teknikal dan persembahan.

Matlamat utama projek ini adalah membimbing dan berkongsi ilmu pengurusan acara, pengendalian dan pengaturcaraan teknikal yang betul dalam sesebuah persembahan. Secara tidak langsung, pelajar dapat memahami dan mempelajari ilmu yang berkaitan. Semoga dengan projek ini jurang pengetahuan dikalangan pelajar tersebut dapat di pecahkan dan seterusnya menjadi pemangkin bagi terus bergiat aktif di dalam kampus.

Projek BRT ini sebenarnya ingin membuka mata para pelajar agar mereka lebih berani untuk melibatkan diri tidak kira apa jua jenis aktiviti yang terdapat di dalam kampus UiTM Sabah.

#HEPpiness
#HEPtalent
#HEPUiTMSabah
#UnitkebudayaanUiTMSabah
#Jawatankuasakesenianpelajar