Busking Roadtour Mantanani 2022

Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Universiti Teknologi MARA Cawangan Sabah melalui Unit Kebudayaan yang diketuai oleh En, Noradzely Amat Darmawi dan Jawatankuasa Kesenia Pelajar (JKP) telah menjalankan aktiviti busking di Cafetaria Kolej Mantanani. Aktivit ini merupakan lanjutan berterusan dari Buskng Roadtour yang di jalankan setiap semester. Ianya digerakan dan dilaksanakan khas oleh persatuan pelajar iaitu, JawatanKuasa Kesenia Pelajar (JKP).

Aktiviti Busking Roadtour (BRT) ini atau lebih dikenali sebagai BroTour siri 4 bagi tahun 2022 ini telah dijalankan di Cafeteria Mantanani pada 17 Jun 2022. Projek ini dikendalikan sepenuhnya oleh Jawatankuasa Kesenian Pelajar (JKP) merangkumi perancangan,promosi,persiapan teknikal dan persembahan.

Matlamat utama projek ini adalah membimbing dan berkongsi ilmu pengurusan acara,pengendalian dan pengatucaraan teknikal yang betul dalam sebuah persembahan. Secara tidak langsung, pelajar dapat memahami dan mempelajari ilmu yang berkaitan. Semoga dengan aktiviti ini jurang pengetahuan dalam kalangan pelajar dapat dipecahkan dan seterusnya menjadi pemangkin bagi terus bergiat aktif di dalam kampus. Aktiviti BroTour ini sebenarnya ingin membuka mata para pelajar agar mereka lebih berani untuk melibatkan diri tidak kira apa jua jenis aktiviti yang terdapat dalam kampus UiTM Cawangan Sabah.