Bual Cara Kesedaran Depresi Dalam Diri

Selaras dengan visi dan misi Universiti Teknologi MARA (UiTM) untuk menjadi sebuah universiti yang bertaraf dunia dan bagi merealisasikan wawasan tersebut, Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK) Jasmine UiTM Kampus Puncak Perdana yang merupakan sebuah persatuan peringkat kolej yang terdiri daripada para pelajar Fakulti Pengurusan Maklumat (FPM) dan Kolej Pengajian Seni Kreatif (KPSK) telah mengadakan program Bual Cara Kesedaran Depresi Dalam Diri pada hari Sabtu, 16 April 2022.

Program ini telah dilaksanakan secara atas talian melalui platform Google Meet yang telah disampaikan oleh Encik Mohd Zulkhairi Bin Ibrahim iaitu Pegawai Psikologi Kanan. Program ini telah berjalan dengan lancar hasil penyertaan seramai 62 orang pelajar yang menetap di Kolej JasmineTambahan pula, ketua program ini ialah Nur Isyafarin Binti Abu Hassan yang memegang portfolio Exco Kesihatan dan Kecemasan Jawatankuasa Perwakilan Kolej Jasmine Sesi 2021/2022, dengan bimbingan oleh Encik Mohd Isyamudin Bin Mahmad merangkap Staf Residen Kolej (SRK) Jasmine sebagai penasihat program menyimpulkan bahawa program ini telah memberi kesedaran kepada para peserta tentang kepentingan ilmu pengetahuan berkenaan depresi selain dapat membantu pelajar untuk mengenal pasti tanda-tanda depresi pada peringkat awal supaya rawatan dapat dilakukan dengan segera.

Akhir sekali, program ini juga berjaya memupuk dan mengukuhkan hubungan silaturrahim antara ahli JPK Jasmine dan SRK seterusnya menjadikan sistem pengurusan di kolej berjalan dengan lebih lancar.