Borak Perindu Bersama Rapper : Tuju K-Clique

Borak Perindu Bersama Rapper : Tuju K-Clique

Inisiantif yang diusahakan oleh Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK) Perindu dalam memastikan agar warga kolej sentiasa berada dalam keadaan sihat mental dan fizikal terutamanya penghuni yang berada di Kolej Perindu seapanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan berlangsung. Borak Perindu Bersama Rapper : Tuju K-Clique merupakan antara inisiantif yang telah dianjurkan JPK Perindu khas kepada warga kolej. Aktiviti atas talian ini dengan menggunakan medium Live Instagram telah mendapat sambutan yang sangat memberansangkan oleh warga kolej.

Dengan konteks perbincangan, pengalaman kerjaya dalam industri muzik dan penyampaian nasihat serta semangat kepada penghuni khasnya yang masih berada di kolej telah mendapat 6486 tontonan secara keseluruhan yang terdiri daripada Pengetua kolej, Staf Residen Kolej, warga Kolej Perindu dan seluruh UiTM Shah Alam serta para peminat Sweet Qismina dan tidak lupa juga kepada selebriti tanah air kita iaitu FadBocey, AJ Feat dan Amanra.

Borak Perindu Bersama Rapper : Tuju K-Clique

Pengacara aktiviti tersebut saudara Norizhan bin Nordin,Unit Rakan Surau Majlis Bertindak Kolej Perindu telah membawakan konsep sembang secara santai bersama selebriti jemputan iaitu Tuju K-Clique. Dalam sesi perkongsian tersebut, telah dibincangkan beberapa soalan. Antaranya, mengapakah memilih industry muzik sebagai kerjaya, siapakah pemangkin untuk berjaya sampai ke tahap sekarang, apa saranan kepada warga kolej sepanjang PKP serta beberapa buah soalan lagi. Para penonton memberi respon yang agak positif melalui komen-komen di ruangan komen.

Akhir sekali, aktiviti sebegini rupa sesuai dilakukan dalam menurut perintah kerajaan dan seterusnya sebagai inisiantif dalam memberi hiburan kepada para penghuni Kolej Perindu. Kekadang kita memerlukan ruang masa untuk berehat dan berhibur bagi mengurangkan tekanan atau stress dalam pembelajaran dan tempoh PKP berlangsung.

Borak Perindu Bersama Rapper : Tuju K-Clique