Pulau Pinang: Satu program koumuniti yang bertemakan Boost Your Smile With Geriatrics diadakan anjuran bersama Universitas Airlangga (UNAIR), Indonesia pada 9 Mei 2024. Ianya bertempat di Pusat Jagaan Damai Permai, bersebelahan Kompleks Sukan Bertam, 13200 Kepala Batas, Pulau Pinang. Terdapat seramai 41 orang penghuni di sini iaitu 18 orang lelaki dan 23 orang perempuan. Pengasas pusat jagaan ialah Puan Rohaya Nanyan. Program lawatan ini melibatkan 35 orang pelajar Universiti teknologi MARA (UiTM), 2 orang pelajar Universitas Muhammadiyah Malang, Indonesia(UMM) dan 37 delegasi dari UNAIR dan 4 orang pensyarah pengiring serta 6 orang klinikal program kejururawatan. Program ini merupakan salah satu agenda dalam MoU, iaitu menggalakkan dan mengukuhkan rantaian hubungan dengan institusi-institusi luar negara dalam memperluas lagi hubungan internalisma.
Tujuan program ini diadakan adalah untuk menyemai sifat kasih sayang terhadap warga emas serta menghargai mereka tanpa mengira masa dalam kalangan mahasiswa dan mahasiswi. Secara tidak langsung, program ini bukan sahaja dapat membentuk mahasiswa dan mahasiswi sebagai seorang individu yang berperikemanusian malah melahirkan generasi yang memiliki keperibadian diri yang mulia. Tujuan program ini diadakan untuk mewujudkan rasa simpati, empati, keprihatinan mahasiswa serta mahasiswi yang terlibat kepada golongan warga tua yang kurang bernasib baik dek terabai oleh anak-anak dan keluarganya sendiri dalam mencapai PI 039; Meningkatkan kadar penglibatan mahasiswa dan mahasiswi dalam aktiviti sukarelawan (PI 028) dan memberikan kebahagiaan dan kegembiraan kepada golongan tua yang kesunyian di rumah jagaan orang tua dengan melakukan pelbagai aktiviti yang dapat menceriakan serta menghiburkan hati mereka; mempraktikkan komunikasi dua hala (luahan emosi, perasaan serta informasi penting) dalam suasana yang mencabar untuk mencapai PI 031 yang mana kumpulan sasaran kita adalah warga emas yang terputus hubungan kasih sayang dengan keluarga mereka. Hasil impak program ini adalah dapat memberi pendedahan kepada mahasiswa/i tentang kehidupan seharian golongan warga emas yang ditempatkan di pusat jagaan khas di samping itu juga membawa nama Universiti Teknologi MARA untuk lebih dikenali di peringkat global apabila mencapai tahun 2025 (‘Strategic Plan UiTM GRU2025’). Antara aktiviti yang dijalankan ialah senamrobik bersama warga tua, gotong-royong dan tanaman pokok-pokok di sekitar kawasan Pusat Jagaan Damai Permai, Potluck raya dan sambutan hari jadi bersama warga emas.
Pada sesi petang pula, diadakan Ceramah Pendidikan Kesihatan oleh wakil UNAIR, Dr. Saptandia Wulan Cahyaning Lestari yang memberikan ceramah mengenai pemakanan seimbang untuk warga emas. Dr. Mirza memberi ceramah mengenai penjagaan orang tua. Manakala wakil dari UiTM, En. Haji Bahman Jamaluddin memberi ceramah mengenai penjagaan secondary bagi orang tua. Program ini berakhir pada jam 0100 petang pada hari tersebut selepas majlis penyampaian cenderamata kepada wakil pusat jagaan tersebut. Sebagai kesimpulan, program ini merupakan salah satu agenda dalam Memorandum Persefahaman (MoU), iaitu menggalakkan dan mengukuhkan rantaian hubungan dengan institusi-institusi luar negara dalam memperluas lagi hubungan internalisma. Manakala program pertukaran pelajar pula diharapkan dapat mendedahkan para pelajar dengan cara hidup masyarakat, pelbagai budaya, bahasa dan aspek-aspek sosial yang berkaitan. Ini juga dapat memperluaskan lagi pandangan pelajar secara global dalam pelbagai isu yang berkaitan dengan masyarakat, persekitaran, menjaga keamanan dan isu-isu global yang lain. Program ini juga secara langsung dapat menjalinkan hubungan kerjasama di antara UiTM Cawangan Pulau Pinang, Malaysia bersama Akademia Universitas Airlangga (UNAIR), Indonesia dalam memantapkan lagi kesarjanaan serta mengukuhkan lagi aktiviti pengajaran dan pembelajaran.