Bicara Alumni Kolej Perindu: Pemangkin Motivasi Mahasiswa

Professor Emeritus Dato’ Dr. Ahmad Haji Zainuddin

SHAH ALAM, 16 OKTOBER 2019: Bicara Alumni Perindu merupakan satu program yang diadakan pada setiap tahun oleh Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK) Perindu, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam, Selangor. Umumnya, program yang berteraskan konsep ceramah atau townhall ini merupakan satu medium bagi menjalinkan ukhuwah bersama para alumni UiTM yang telah berjaya setelah tamat belajar.

Pada tahun ini, Program Bicara Alumni telah diadakan pada 13 Oktober 2019 (Isnin) yang lalu. Menariknya program pada kali ini diadakan bersempena Karnival Usahawan Perindu (KUP). Pihak penganjur telah menjemput YBhg. Professor Emeritus Dato’ Dr. Ahmad Haji Zainuddin sebagai penceramah.

Beliau merupakan alumni pelajar UiTM dan kini merupakan Naib Canselor (VC) Universiti Kolej Yayasan Pahang (UCYP). Tambahan pula, beliau merupakan salah seorang yang telah dipertanggungjawabkan untuk mereka logo UiTM yang digunakan hingga pada hari ini serta pereka lagu rasmi UiTM.

Pelbagai pengalaman menarik yang telah dikongsi oleh beliau. Antaranya ialah pengalaman beliau sepanjang menjadi pelajar di UiTM, yang dahulunya dikenali sebagai Institut Teknologi MARA (ITM). Penganjuran Program Bicara Alumni ini diharapkan dapat memberi sedikit sebanyak motivasi kepada para mahasiswa agar tidak berputus asa dalam mengejar cita-cita sebagai mahasiswa yang berjaya dalam pelbagai bidang kelak.

Foto berkaitan:

0
0