Bersama Mengeratkan Silaturahim bersama PALAPES Darat UiTM

University Community Engagement atau UCE merupakan satu program kokurikulum yang wajib dijalankan oleh mahasiswa Univeristi Teknologi Mara.

Pada 7 dan 8 Disember yang lepas, seramai 17 orang mahasiswa UiTM dari badan Unit berunifom PALAPES DARAT telah melaksanakan program UCE di Rumah Nur Kasih. Lokasi yang bertempat di Ulu Sepetang, Taiping, Perak ini mengambil masa 3 jam perjalanan dari Shah Alam. Turut serta dalam program 2 hari ini ialah jurulatih mereka iaitu Sarjan Gary Anak Jihun.

Aktiviti yang dijalankan oleh pegawai kadet PALAPES DARAT ini berlangsung seawal 8 pagi. “Aktiviti yang kami jalankan sedikit sebanyak berkaitan dengan latihan ketenteran yang kami jalankan” kata pengarah program Khairil Fikri yang ditemuh ramah selepas tamatnya program UCE .

“Selain itu, aktiviti yang kami jalankan ini juga dapat memupuk semangat kerjasama dalam membuat aktiviti berkumpulan dimana ianya sangat penting dalam latihan ketenteraan” katanya lagi. Seperti mana yang kita sedia maklum latihan ketenteraan bukanlah mudah dan program yang mereka jalankan ini merupakan satu cabaran hebat bagi mereka sendiri.

“Tidak mudah untuk kami melaksanakan aktiviti yang berkaitan dengan latihan sebagaimana yang anak didik saya jalankan sepanjang mereka dalam badan berunifom ini” kata Sarjan Gary Anak Jihun. Tambahnya lagi, mereka harus menjalankan pelbagai aktiviti yang bersesuaian dengan peringkat umur anak-anak di Rumah Nur Kasih tersebut.

Aktiviti yang melibatkan 20 orang anak yatim tersebut berjalan dengan lancar. Aktiviti yang dijalankan adalah seperti rempuh halangan, isi air dalam botol dimana slot aktiviti ini memerlukan anak-anak yatim tersebut membuat latihan fizikal terlebih dahulu. Bukan itu sahaja, mereka juga menjalan aktiviti mencari gula-gula dalam tepung dan puzzle. Semua aktiviti yang dijalankan melibatkan fizikal dan mental anak-anak yatim tersebut.

Kata pengetua Rumah Nur Kasih iaitu Encik Zulkepely Bin Othman, beliau sangat berterima kasih kepada jurulatih dan para mahasiswa dan mahasiswi UiTM kerana memilih Rumah Nur Kasih sebagai lokasi untuk mereka menjalan program UCE.

“Saya dapat melihat bahawa anak-anak saya terhibur dan menikmati aktiviti yang dijalankan. Bukan itu sahaja, jurulatih dan mahasiswa ini memberikan layanan yang baik kepada anak-anak saya” tambahnya semasa memberikan ucapan pada majlis penutupan program.

Program UCE ini dijalankan adalah untuk memupuk sifat kepimpinan pada mahasiswa dan mahasiswi UiTM. Hal ini sekaligus dapat melahirkan mahasiswa dan mahasiswi UiTM yang berkualiti bukan sahaja dari segi akademik dan kokurikulum. Diharapkan agar program UCE ini akan diteruskan di masa akan datang.

1
0