Seramai 70 pelajar semester 4 yang mengambil projek akhir Diploma Kejuruteraan Elektrik (CEEE111 & CEEE112), UiTM Cawangan Pulau Pinang telah berjaya mengikuti bengkel ini sehingga ke penghujung sesi. Bengkel ini adalah dibawah anjuran Kolej Pengajian Kejuruteraan Elektrik, UiTM Pulau Pinang dan dilaksanakan secara maya.
Pengetahuan berkenaan perisian simulasi litar (circuit simulation) adalah sangat penting bagi setiap pelajar semester 4 yang mengambil subjek projek akhir (EEE358) bagi program CEEE111 (Diploma Kejuruteraan Elektrik (Elektronik) )dan CEEE112 ( Diploma Kejuruteraan Elektrik (Kuasa)). Ini kerana pelajar perlu menguji litar projek mereka secara simulasi dengan menggunakan perisian simulasi tertentu bagi memastikan rekabentuk litar yang dicipta adalah betul dan tepat.
Kolej Pengajian Kejuruteraan Elektrik, UiTM Pulau Pinang mengambil insiatif untuk merancang dan melaksanakan program ini bagi memberi pendedahan awal kepada pelajar diploma yang mengambil subjek Projek Akhir, berkenaan simulasi litar (Circuit Simulation) dengan menggunakan perisian Proteus. Program ini dilaksanakan selama 3 jam dan disampaikan oleh Ts. Dr. Adi Izhar Che Ani yang merupakan Pensyarah Kanan, Kolej Pengajian Kejuruteraan Elektrik.
Pada permulaan sesi, penceramah membantu pelajar untuk menginstalasi perisian Proteus di komputer masing-masing. Ini penting bagi memastikan pelajar dapat menginstalasi dengan betul tanpa ada sebarang kesilapan.
Sesi seterusnya diterangkan bagaimana menggunakan perisian ini dengan betul seperti melukis litar skematik dan seteruskan menganalisis litar sehingga pelajar berjaya mendapat keluaran (output) seperti yang dinyatakan dalam objektif projek.
Program ini mendapat sambutan yang amat mengalakkan dari pelajar semester 4, yang mengambil projek akhir Diploma Kejuruteraan Elektrik (CEEE111 & CEEE112), UiTM Cawangan Pulau Pinang pada sesi semester Mac – Julai 2024. Diharap para pelajar dapat menguasai kemahiran simulasi perisian proteus dengan baik untuk kecemerlangan projek akhir mereka serta dapat menyelesaikan projek mereka dengan lebih cepat dan mudah.
Penulis: Shahilah Nordin, Wan Salha Saidon, Norsabrina Sihab, Nor Fadzilah Mokhtar