Bengkel Semakan Rancangan Strategik dan Pencapaian Performance Index 2023-2025 Pejabat Program Pra Pendidikan Tinggi UiTM

BANDAR ENSTEK : Pejabat Program Pra Pendidikan Tinggi (PPT), Universiti Teknologi MARA (UiTM) telah mengadakan Bengkel Semakan Rancangan Strategik dan Pencapaian Performance Index (PI) 2023-2025 pada 24 hingga 26 Februari 2023 di Dewan Sarana 5, Institut Kepimpinan dan Pembangunan (ILD) UiTM, Bandar Enstek.

Seramai 31 peserta yang terdiri daripada koordinator dan staf Unit PPT dari semua kampus Pengurus Utama serta kampus Pelaksana program Pra Diploma hadir dalam usaha merencana aktiviti-aktiviti bagi memenuhi pencapaian PI yang ditetapkan bagi tahun 2023-2025 untuk Program PPT UiTM.

Menurut Dr. Ani Mazlina Dewi Mohamed, Ketua Unit Akademik PPT UiTM, tujuan utama bengkel tersebut diadakan adalah untuk menghasilkan Strategic Action Plan (SAP) tahun 2023, merancang aktiviti dan menambah baik proses kerja Program PPT UiTM.

Turut hadir selama 3 hari bagi mempengerusi dan merasmikan bengkel tersebut ialah Prof. Dr. Aini Jaapar, Pengarah PPT UiTM, Ts. Syed Harun Said Mohamad, Penolong Pendaftar Kanan dan Encik Mohamad Azizi Abd Hazis, Pegawai Eksekutif dari Pejabat Program PPT UiTM.

Semoga segala usaha dan perancangan ini dapat dilaksanakan sebaiknya dan dapat meningkatkan mutu penyampaian yang lebih berkesan sekaligus mencapai PI program Pra Diploma di bawah kendalian PPT UiTM.

Untuk rekod, PPT UiTM menawarkan lima program iaitu Pra Diploma Agroteknologi, Pra Diploma Perdagangan, Pra Diploma (Sains), Pra Diploma Sains (Aliran STEM C dan Sastera) dan Pra Diploma Pengajian Islam. Program PPT UiTM ini disokong oleh Yayasan Sime Darby.