Bengkel Semakan Kurikulum Dan Dokumentasi Program Diploma- Diploma Fakulti Sains Kesihatan

Fakulti Sains Kesihatan Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Pulau Pinang, Kampus Bertam telah mengadakan bengkel semakan kurikulum dan Pemantauan dokumentasi program diploma-diploma fakulti sains kesihatan pada 30 dan 31 Januari 2023. Semakan dan penilaian yang berterusan serta menyeluruh ke atas program akademik perlu dilaksanakan agar kandungan program akademik yang ditawarkan kekal relevan dan seiring dengan perkembangan semasa. Terdapat beberapa faktor yang membawa kepada semakan kurikulum antaranya (i) perubahan standard program, (ii) laporan penilai luar, (iii) laporan CQI, (iv) kajian pasaran, (v) analisa dapatan pemegang taruh, (vi) penanda arasan, dan (vii) lain-lain yang berkaitan.

Tujuan atau objektif bengkel ini diadakan adalah untuk membuat semakan kurikulum kursus bagi program-program diploma- diploma Fakulti Sains Kesihatan. Disamping penyediaan dokumen bagi semakan kurikulum dan dokumentasi program diploma-diploma Fakulti Sains Kesihatan. Ianya juga bertujuan menyediakan dokumen Student Learning Time (SLT) bagi semakan kurikulum dan dokumentasi program diploma- diploma Fakulti Sains Kesihatan.

Untuk menjayakan objektif dan tujuan bengel ini, pihak urusetia yang diketuai oleh Ts Dr Wan Ismahanisa Ismail selaku penasihat dan Puan Norasma Bakar sebagai Pengarah program telah menjemput PM Ts Dr Noraini Seman iaitu Head of academic Curriculum (Science and Technology Cluster) Unit Hal Ehwal Kurikulum (UHEK) BHEA UiTM Shah Alam sebagai penceramah. Seramai 40 orang pensyarah Fakulti Sains Kesihatan UiTMCPP Kampus Bertam telah dijemput untuk menghadiri bengkel tersebut. Peserta terdiri daripada pensyarah Program Kejururawatan, Program Teknologi Makmal Perubatan, Program Fisioterapi, Program Cara Kerja dan Program Kesihatan Persekitaran.

Bengkel ini dianjurkan selama dua hari di mana pada hari pertama, Taklimat pemurnian semakan kurikulum dan pemurnian dokumen semakan kurikulum telah disampaikan oleh PM Ts Dr Noraini Seman. Pada hari kedua bengkel disambung dengan pengiraan SLT serta semakan dokumen setiap program.

Program ini memberi impak kepada fakulti di mana ianya dapat memberikan pendedahan yang jelas kepada pensyarah FSK Kampus Bertam mengenai semakan kurikulum di samping dapat meningkatkan ilmu pengetahuan dalam semakan kurikulum di kalangan pensyarah UiTM Kampus Bertam. Ianya juga memberikan pendedahan yang jelas kepada pensyarah UiTM mengenai semakan kurikulum.

Para peserta bengkel telah menunjukkan penglibatan dan komitmen yang tinggi melalui siri perbincangan tentang semakan kurikulum seperti dokumen yang disediakan, pengiraan SLT dan pengiraan jam kredit. Semoga penglibatan semua pensyarah dalam bengkel ini diharapkan dapat mendedahkan dan menjawab persoalan berkaitan semakan kurikulum yang sedang dilakukan oleh semua program Fakulti Sains Kesihatan UiTMCPP, Kampus Bertam.