Bengkel Perkongsian Kepakaran Pembangunan Laman Sesawang APB

Pada 19 Mac 2019, di Makmal 2, Aras 9 Menara SAAS, Akademi Pengajian Bahasa (APB) telah mengadakan Bengkel Perkongsian Kepakaran Pembangunan Laman Sesawang APB.

Dengan inisiatif Koordinator IT & Latihan, Pn Fauziah Saadah Abdul Halim, APB telah berkolaborasi dengan InQka untuk berkongsi kemahiran untuk memantapkan laman sesawang APB.

Sesi latihan selama 3 jam itu, telah dibimbing oleh Encik Muhamad Riduan Jamil, Assistant IT Officer (Web Architect) dari Institut Kualiti dan Pengembangan Ilmu (InQKA). Pelbagai pendekatan telah dikongsikan oleh beliau bersama staf APB untuk mahir di dalam membangunkan laman sesawang.

Bengkel tersebut dihadiri oleh pensyarah APB, Salwa Othman dan Amirah Ahmad, serta staf IT, Juwita Jusoh, Nurul Natasha Aali, Rahazwi Abdullah dan Mohammad Nasrol Mohd Ali.

Objektif bengkel ini ialah untuk berkongsi kepakaran antara InQka dan APB dan untuk memantapkan laman sesawang APB.

Foto berkaitan:

0
0