Bengkel Perancangan Strategik 2021: Fakulti Pendidikan pacu kecemerlangan 2021     

 

Pada 9 Februari 2021, kesemua warga kerja Fakulti Pendidikan bersama-sama mencurahkan idea, berkongsi pendapat, dan memurnikan cadangan yang diutarakan di dalam Bengkel Perancangan Strategik 2021 Fakulti Pendidikan. Objektif utama bengkel ialah penghasilan pelan perancangan yang bakal memacu pencapaian penunjuk sasaran yang telah dipertangungjawabkan ke atas Fakulti Pendidikan untuk 2021.

Meniupkan kata-kata semangat, YBhg. Prof. Madya Ts. Dr. Sharipah Ruzaina Syed Aris, Dekan Fakulti Pendidikan, menekankan peranan setiap warga kerja fakulti dalam pencapaian penunjuk sasaran, melalui ucapan alu-aluan beliau. Selesai taklimat bengkel oleh Dr. Ani Mazlina Dewi Mohamed selaku Penyelaras Perancangan Strategik dan Transformasi Universiti, para pensyarah memulakan perbincangan di dalam sesi-sesi selari.  Terdapat 3 sesi selari mengikut Teras Strategik dan setiap sesi dipengerusikan oleh Timbalan Dekan yang berkaitan:

Kumpulan 1:
Pendidikan Berkualiti (Dr. Hamimah Hashim, Timbalan Dekan Akademik)

Kumpulan 2:
Kecemerlangan Global (Dr. Mohd Khairezan Rahmat, Timbalan Dekan Penyelidikan, Jaringan dan Industri)

Kumpulan 3:
Prestasi Berorientasikan Nilai (Dr. Zarizi Ab. Rahman, Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar)

Setiap Timbalan Dekan seterusnya membentangkan hasilan perbincangan setiap kumpulan sebelum sesi soal jawab. Menutup program ialah ucapan oleh YBhg. Dekan Fakulti Pendidikan. Semoga bengkel berjaya menghasilkan perancangan yang memacu pelaksanaan dalam melonjakkan kecemerlangan Fakulti Pendidikan.