Bengkel Penulisan Media, Rencana, Berita dah Artikel anjuran Perhubungan Korporat FKA

Bengkel Penulisan Media, Rencana, Berita dan Artikel disampaikan oleh En. Khairun Nizam Mohammad Yusuff

Pada 23 Julai 2019, bertempat di Bilik Seminar Al-Jazari, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam, satu Bengkel Penulisan Media, Rencana, Berita dan Artikel telah diadakan dengan jayanya. Bengkel ini telah disampaikan oleh penceramah En. Khairun Nizam Mohammad Yusuff daripada Fakulti Komunikasi & Pengajian Media. Bengkel ini turut dianjurkan oleh Perhubungan Korporat Fakulti Kejuruteraan Awam yang turut dihadiri oleh pentadbir dan pensyarah.

Bengkel ini merupakan salah satu usaha bagi memantapkan ilmu pengetahuan yang lebih mendalam mengenai cara yang efektif dalam penulisan media, rencana, berita dan artikel. Ini juga dapat memberikan impak yang positif dalam penulisan media fakulti pada masa yang akan datang.

Tarikh: 23/7/2019
Tempat: Bilik Seminar Al-Jazari
Penganjur: Perhubungan Korporat Fakulti Kejuruteraan Awam
Nama Penceramah: En. Khairun Nizam Mohammad Yusuff. (Faculty Of Communication & Media Studies)

0
0