Sebelum menerima kemasukan pelajar sesi Oktober 2022 – Februari 2023, APB UiTM Cawangan Pahang Kampus Jengka telah mengadakan satu bengkel khas untuk persiapan para pensyarah dengan maklumat serta tatacara perkhidmatan bagi melancarkan proses pembelajaran dan pembelajaran yang akan diadakan secara bersemuka selepas beberapa tahun menjalani kelas atas talian ekoran wabak Covid yang melanda.
Bertempat di Bilik Mesyuarat Perpustakaan Al-Bukhari, Bengkel Pengurusan Kuliah Post-Covid ini telah bermula pada jam 2:30 petang serta dihadiri oleh 26 orang pensyarah APB. Antara pengisian bengkel ini adalah Taklimat Pengurusan Jadual Waktu oleh Puan Suzaini Harmiruslin, Taklimat Pro-Pens oleh Dr. Fauzi dan juga ‘Code-Briefing’ yang disampaikan oleh LiC bagi kod-kod ELC subjek Pra-Diploma, Diploma serta Sarjana Muda. Beberapa isu dan permasalahan telah dibincangkan sesama pensyarah sebelum mencapai kata putus.
Semoga semua yang diputuskan ketika sesi bengkel ini berlangsung dapat memudahkan urusan serta memberi manfaat penuh kepada semua pensyarah APB dan juga para pelajar.