Bengkel Pengendalian Sistem Bank Soalan (QBS)

Bahagian Pentaksiran dan Penilaian Akademik (BPPA) telah mengadakan Bengkel Pengendalian Sistem Bank Soalan pada 25 Februari 2021 dan 4 Mac 2021 bertempat di Makmal Komputer iCEPS, Aras 1 Bangunan MITRANS, UiTM Shah Alam.

Bengkel ini telah dihadiri oleh Pengarah, felo BPPA dan staf dari Unit Pengurusan Penilaian Akademik, BPPA dan diadakan khusus bagi memahami proses pengendalian dan pelaksanaan Sistem Bank Soalan (QBS) yang menjadi sebahagian daripada Key Initiative UiTM 2025. Tumpuan latihan khusus ini untuk memastikan staf BPPA cekap untuk menguruskan sistem yang telah dipertanggungjawabkan dalam era pendigitalan proses mengurus dan melaksana penilaian akhir.

Bengkel dikendalikan oleh Prof. Madya Ts. Dr. Suriyani Ariffin, Ketua Pengurusan Akademik dari Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) yang memberikan latihan dan pendedahan mengenai proses dan tatacara menguruskan Sistem QBS.

Keterlibatan pensyarah dalam inisiatif ini akan dilakukan secara berfasa dan tumpuan diberikan untuk membudayakan cara kerja baru. Perubahan ini akan memberikan kesan positif dalam memastikan kualiti kesetaraan dan disentralisasi dilakukan diseluruh sistem UiTM.