KOTA KINABALU, 24 September 2023 – Jawatankuasa Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) UiTM Cawangan Sabah telah mengadakan bengkel pengemaskinian borang audit EKSA pada 24 Ogos 2024 yang lalu bertempat di Smart Classroom, Menara Pustaka, UiTM Cawangan Sabah.
Bengkel dimulakan dengan ucapan aluan oleh Pengerusi Jawatankuasa EKSA UiTM Cawangan Sabah, Cik Adie’ Herryzieyantie binti Abdul Gair. Selepas itu, ketua biro Audit EKSA, Encik Mohd Fauzee bin Abdullah meneruskan sesi bengkel dengan perbincangan tentang pengemaskinian borang audit EKSA yang tertumpu kepada tiga (3) bahagian: Ke arah pensijilan EKSA, audit dalaman bagi pertandingan kategori bahagian dan individu. Sesi diskusi dan lontaran idea daripada semua ahli biro audit dan pengerusi telah mencapai objektifnya di mana borang-borang audit yang digunakan adalah berdasarkan Komponen Generik EKSA yang dicadangkan oleh pihak MAMPU.
Pada sebelah petang, telah diadakan simulasi pengauditan ke Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), UiTM Cawangan Sabah dan pembentangan ringkas dapatan audit. Adalah diharapkan agar bengkel ini dapat memantapkan lagi biro audit EKSA UiTM Cawangan Sabah dalam menjalankan proses audit EKSA pada tahun ini yang dijangka akan dilaksanakan pada Oktober 2023.