Bengkel Pemetaan MQF 2.0 Kepada Kursus MPU dan Kursus Universiti

Bengkel Pemetaan MQF 2.0 Kepada Kursus MPU dan Kursus Universiti

Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) telah mengeluarkan pekeliling berkaitan pemakaian Kerangka Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Framework, MQF) Edisi Kedua. MQF Edisi Kedua menjadi kerangka utama kepada Pemberi Pendidikan Tinggi (PPT) dalam jaminan kualiti untuk membangun dan menawarkan program pengajian tinggi negara. Penggunaan dan pematuhannya adalah terpakai kepada semua PPT. Inisiatif berterusan perlu dibuat bagi memastikan pemahaman dan pelaksanaan MQF Edisi Kedua dapat dibuat dengan berkesan di peringkat Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Selaras dengan itu, bengkel pemetaan MQF 2.0 Kepada Kursus MPU dan Kursus Universiti telah diadakan seperti butiran berikut:

Tarikh   : 5 Ogos 2019
Masa     : 8.30 pagi sehingga 5 petang
Tempat : Bilik Seminar OIA, Bangunan Inovasi, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam, Selangor, Malaysia.

Objektif bengkel adalah untuk:

  1. Memberi ruang perbincangan berkenaan atribut berkaitan di dalam pemetaan MQF 2.0 kepada kursus MPU dan kursus Universiti.
  2. Pemetaan MQF 2.0 kepada kursus MPU dan kursus universiti

Seramai 45 orang peserta Universiti Teknologi MARA (UiTM) telah dijemput untuk menghadiri bengkel tersebut. Peserta terdiri daripada wakil Fakulti Pengurusan dan Perniagaan, Akademi PKS dan Pembangunan Keusahawanan Malaysia (MASMED), Fakulti Muzik, Fakulti Pendidikan, Fakulti Pengurusan Maklumat, Fakulti Perakaunan, Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Fakulti Filem, Teater dan Animasi, Fakulti Sains Komputer dan Matematik, Fakulti Sains Gunaan, Fakulti Perladangan dan Agroteknologi, Fakulti Kejuruteraan Awam, Fakulti Kejuruteraan Elektrik, Fakulti Kejuruteraan Mekanikal, Fakulti Kejuruteraan Kimia, Fakulti Farmasi, Fakulti Pergigian, Fakulti Perubatan, Fakulti Sains Kesihatan, Fakulti Senibina, Perancangan dan Ukur, Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS), Akademi Pengajian Bahasa (APB), Pusat Kokurikulum dan Bahagian Hal Ehwal Pelajar.

Pengisian bengkel merangkumi sesi taklimat daripada Prof. Madya Ts. Dr. Sharipah Ruzaina Syed Aris, Pengarah Unit Hal Ehwal Kurikulum (UHEK), Bahagian Hal Ehwal Akademik (BHEA), Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan diikuti dengan sesi perbincangan dalam kumpulan.

Terdapat enam kumpulan untuk sesi perbincangan iaitu kumpulan (i) MPU U2, (ii) MPU U3 (A), (iii) MPU U3 (B), (iv) MPU U4, (v) ACIS dan (vi) APB. Fasilitator kumpulan terdiri daripada Dr. Zarina Denan, Dr. Nadia Widyawati Madzhi, Prof. Madya Ts. Dr. Wan Abdul Rahim Wan Mohd Isa, Ts. Dr. Syamsul Nor Azlan Mohamad, Ts. Dr. Wan Aida Wan Yahaya, Prof. Madya Dr. Huzaimah Haji Ismail dan Dr. Kamariah Yusoff. Pembentangan kumpulan dan perbincangan susulan turut dibuat semasa bengkel.

Foto berkaitan:

0
0