Bengkel Pembangunan Klasifikasi Fail, UiTM Cawangan Sabah

SABAH, 30 Disember 2024 Unit Arkib Cawangan Sabah telah mengadakan Bengkel Pembangunan Klasifikasi Fail pada 16 hingga 17 Disember 2024 yang bertempat di Ruang Bilik Berkaca, Aras 2, Bangunan Menara Pustaka, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Sabah, Kampus Kota Kinabalu. Bengkel ini telah dihadiri oleh barisan Pegawai Rekod Jabatan dan Pembantu Tadbir Rekod Jabatan seramai 80 orang. Bengkel ini diadakan untuk memberi pendedahan berkenaan kaedah dan tatacara penyediaan sistem Klasifikasi Fail (KF), meningkatkan ilmu pengetahuan dalam pelaksanaan menyediakan sistem Klasifikasi Fail, serta mengemaskini dan membangunkan Sistem Klasifikasi Fail Urusan Am Fungsi yang baru sebagai prasyarat menggunakan Digital Document Management System (DDMS) 2.0. Bengkel ini dilihat telah berjaya mencapai objektif yang dirancang dan peserta telah memahami tugasan yang perlu disiapkan dan dihantar pada tarikh yang telah ditetapkan. Hasil perbincangan akan dijadikan panduan untuk tindakan lanjut oleh Unit Arkib Cawangan Sabah dalam pembangunan klasifikasi fail baharu UiTM Cawangan Sabah.

Media Laporan:
Nursyahida binti Khairul Anuar
Pustakawan
Unit Arkib Cawangan Sabah,
Perpustakaan Tun Abdul Razak,
UiTM Cawangan Sabah