Bengkel Lukis Hafal Surah Al Alaq Sempena Cuti Sekolah 2022

Cuti sekolah akan tiba tidak lama lagi. Bagi ibu bapa yang sedang merancang aktiviti bermanfaat dan menarik untuk anak-anak, jom daftar ke program seperti berikut:

BENGKEL LUKIS HAFAL SURAH AL ALAQ SEMPENA CUTI SEKOLAH
14 Disember 2022 (Rabu)
8:30 pagi – 4:30 petang
Bilik Seminar Perpustakaan Tun Dr Ismail (PTDI)
UiTM Cawangan Johor Kampus Pasir Gudang

Bengkel ini akan dibimbing oleh Ustaz Mohd Nasrullah Che Halim, yang popular dengan nama Ustaz Kartun. Ustaz Nasrul merupakan Jurulatih Kartungogi, dan juga hos rancangan Ustaz Kartun & Robojim di TV Al Hijrah. Beliau juga antara lainnya telah menerima anugerah berprestij seperti Anugerah Seri Angkasa untuk Rancangan Kanak-Kanak TV Terbaik (2022).

Jom sama-sama fahami teknik melukis, menghafal dan memahami Surah Al-Alaq melalui kartun dan komik!

Promosi Pendaftaran Early Bird iaitu RM80.00 sahaja untuk pendaftaran sebelum 6 Disember 2022! Bagi pendaftaran biasa, bayaran adalah RM 85.00. Buku Kerja Pembelajaran, sijil penyertaan, makan pagi & tengahari akan disediakan untuk semua peserta yang mendaftar dan hadir.

Berikut merupakan pautan untuk pendaftaran dan bayaran:
– Pendaftaran: bit.ly/blhalaqd
– Bayaran: bit.ly/payblhalaq

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi (WhatsApp Business – call/text:)
– Ustazah Azizah : 073818038
– Ustaz Naqib Zharfan : 073818050
– Ustaz Afiq Hazwan : 073818051

Jumpa anda di sana!