Bengkel Keusahawanan Digital Shopee

Program “Bengkel Keusahawanan Digital Shopee” diadakan adalah atas dasar untuk melahirkan lebih ramai pelajar Universiti Teknologi MARA UiTM yang menceburi bidang perniagaan dan keusahawanan tetapi secara khususnya melalui gedung beli-belah secara atas talian Shopee. Selain itu, program ini menyampaikan pengetahuan berkenaan yang perlu diketahui berkenaan platform e-dagang Shopee. Program ini mendedahkan  strategi pemasaran yang sepatutnya diambil tahu berkenaan platform ini seperti potensi dan situasi yang akan diharungi setelah memulakan perniagaan.

Program bermula pada jam 10.00 pagi dihadiri dengan 48 peserta daripada Fakulti Sains Kesihatan, 18 ahli jawatankuasa pelaksana daripada Persatuan Pelajar Pemulihan Carakerja dan 4 daripada 8 VIP jemputan. Program ini dirasmikan oleh Penasihat Persatuan Pelajar Pemulihan Carakerja iaitu Puan Nur Atiqah binti Azman. Penceramah yang dijemput untuk menyampaikan perkongsian, Encik Muhamad Afiq bin Abdul Manan ialah seorang e-usahawan trainer. Encik Afiq juga merupakan pengasas kepada BOM Resources. Sesi perkongsian mempamerkan pengetahuan beliau tentang perkembangan dan isu berkaitan  platform-platform jual beli-belah untuk memberikan perbandingan dan pencerahan reputasi Shopee sebagai sebuah platform jual beli atas talian.  Strategi pemasaran yang boleh diikuti apabila berniaga melalui platform turut dikongsi.

Di samping itu, program juga diikuti sesi demonstrasi yang menayangkan setiap langkah untuk memulakan jualan di Shopee yang dijalankan oleh ahli jawatankuasa iaitu Mohamad Amier Izzat bin Mohd Razali diiringi Encik Afiq. Peserta yang terlibat semasa program turut bersama-sama digalakkan untuk terlibat sama mengikut demonstrasi ini melalui peranti elektronik masing-masing. Pada penghujung program, peserta diberikan peluang untuk bersoal jawab bersama penceramah dan banyak pertanyaan dan jawapan yang bagus disampaikan yang berguna kepada semua yang terlibat semasa program.